Piala Monsun: Williams Cipta Kemenangan Berganda Di Teluk Danga

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 12:01 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pelayar Britain, Ian Williams mencipta kemenangan berganda dengan merangkul kejuaraan Piala Monsun 2015, sekali gus dinobat juara dunia dalam Siri Jelajah Match Racing Dunia Alpari (AWMRT) di perairan Teluk Danga pada Sabtu.

Williams meraih gelaran juara AWMRT buat kali kelima, sekali gus memecah rekod dunia dipegang pelayar Australia, Datuk Peter Gilmour yang muncul juara pada 1990, 1997, 1998 dan 2006.

Jurumudi pasukan pasukan GAC Pindar itu sebelum ini memenangi siri dunia itu pada 2007, 2008, 2011 dan 2012. Dalam saingan final Piala Monsun, Williams dengan mudah menewaskan jurumudi Perancis, Mathiue Richard daripada pasukan LunaJets dengan kiraan 3-0.

Bagaimanapun, Williams mengesahkan gelaran dunia di peringkat separuh akhir pada sebelah pagi apabila mengalahkan Eric Monnin daripada pasukan Sail Box dengan kiraan 3-0.

Piala Monsun merupakan pentas terakhir dalam siri AWMRT musim ini.

Kejayaan dalam Piala Monsun 2015 membolehkan Williams mengumpul keseluruhan 132 mata untuk mengatasi pencabar terdekat, Taylor Canfield daripada pasukan US One dengan kelebihan 11 mata.

Melalui kemenangan berganda itu, Williams, yang dibantu empat kru Gerry Mitchell, Mal Parker, Chris Main dan Graeme Spence, membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM668,000 beserta sebuah piala pusingan.

Tempat ketiga disandang oleh Canfield selepas mengalahkan Monnin dalam saingan tempat ketiga dan keempat. Canfield menerima hadiah wang tunai RM155,000 manakala Monnin pula RM140,000.

Penyampaian hadiah dan piala pusingan kepada pemenang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sementara itu, Williams berkata kejayaan yang dicapai itu sukar dipercayai namun berbaloi dengan usaha keras yang dilakukan beliau selama 11 tahun. "Apabila menceburi bidang ini sepenuh masa, saya terpaksa melupakan kerjaya saya sebagai peguam.

"Saya menyimpan hasrat untuk merangkul satu gelaran dunia pada satu hari nanti...jadi menjuarai sebanyak lima kali merupakan sesuatu yang hebat," katanya.

Sebagai rekod Johor mencatatkan sejarah tersendiri apabila dipilih untuk menjadi venue kejohanan berprestij, Piala Monsun Malaysia untuk edisi ke-10 buat julung kalinya bertempat di Country Garden, Danga Bay bermula  9 Februari lalu dan berakhir pada Sabtu.

Sebanyak 12 pasukan mengesahkan penyertaan bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai  RM1.47 juta.

Tags / Kata Kunci: Piala Monsun , Teluk Danga , Ian Williams

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan