Tiga Kelemahan Utama Di Kenal Pasti Jejas Potensi Sukan Negara - Khairy

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 4:50 PM

Khairy (tengah) bersama Ketua Pengarah MS< Ahmad Shapawi Ismail (kiri) dan Setiausaha Agung KBS Datuk Jamil Salleh.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada titik persamaan dari segi aspirasisukan dalam kalangan pemegang taruh menjadi antara tiga kelemahan utama yang menghalang Malaysia untuk mencapai potensi besar dalam sukan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kelemahan lain ialah tiada kebertanggungjawaban yang jelas dalam sukan serta sikap tidak mahu menerima pembaharuan.

Katanya, ini berdasarkan kajian sekumpulan pakar penstrukturan sukan antarabangsa diketuai Dr Brian Miller dari Western Australian Institute of Sport (WAIS) yang telah diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"Tiga kelemahan besar yang walaupun nampak 'klise' dan umum tapi sebenarnya telah lama menjadi penghalang Malaysia mencapai potensi sukannya yang cukup besar.

"Walaupun pahit memakan hati, malu menelan ego bila pekung dibuka kepada pakar sukan luar negara, jika niat kita letak dengan betul, kesudahannya akan kita raikan kelak," katanya ketika membentangkan Model Sukan Baharu di Institut Sukan Negara (ISN) pada Khamis.

Selain menemui tiga kelemahan utama itu, Khairy berkata kajian berkenaan turut mendapati kelemahan pada dua organisasi besar sukan iaitu Majlis Sukan Negara (MSN) dan ISN.

Menurut Khairy, antara perkara yang dibangkitkan berkaitan MSN ialah perancangan tahunan yang dijalankan seperti 'melepaskan batuk di tangga' disamping isu kemudahan asrama dan makanan yang tidak mencapai tahap memuaskan.

Bagi ISN pula, beliau berkata walaupun melaksanakan transformasi, institut itu dilihat agak sarat dengan pegawai pengurusan dan bukannya pegawai pakar sains sukan yang mahir dalam isu teknikal.

"Sistem perancangan pembangunan atlet juga tidak spesifik yang mana tiada pembahagian kriteria menjurus kepada kesukaran untuk menyalurkan sumber kepada atlet yang mampu meraih pingat emas untuk negara," kata Khairy.

Katanya, kelemahan-kelemahan itu menyebabkan potensi atlet Malaysia tidak mampu diserlahkan secara optimum, sekali gus meletakkan Malaysia di belakang negara-negara lain yang mungkin mempunyai potensi lebih rendah.

Kajian yang diketuai Miller itu dilaksanakan bersama Alan Black, Phil Borgeaud, Richard Charlesworth dan Roslyn Carbon.  Mereka berpengalaman bekerja di Australian Institute of Sport, Western Australian Institute of Sport, Hockey Australia dan pelbagai badan sukan profesional.

Tags / Kata Kunci: WAIS , MSN , ISN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan