PKBM Perlu Berhati-Hati - KP MSN

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 12:03 AM

Khairy (kiri) meminta Ahmad Shapawi menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah PKBM dengan Beasley.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) mengingatkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) supaya berhati-hati dalam sebarang tindakan yang diambil berikutan kemelut dalaman badan sukan berbasikal itu.

Ketua Pengarah MSN, Datuk  Ahmad Shapawi Ismail berkata biarpun PKBM terlepas daripada hukuman penggantungan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan pada 26 Januari lepas, namun persatuan itu masih dalam pemerhatian Kementerian Belia danSukan serta Pesuruhjaya Sukan.

"PKBM sebelum ini telah diberikan amaran supaya memastikan pengurusan kewangan mereka teratur. Saya harap kemelut ini tidak memaksa menteri untuk mengambil sebarang tindakan," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Modul Sukan Baharu negara, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemelut dalaman yang timbul antara PKBM dan ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley berhubung hutang berjumlah RM21,000.

Sebelum ini, PKBM terselamat daripada penggantungan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan atas dakwaan berlakunya penyelewengan dalam mengendalikan peruntukan untuk pembangunan skuad berbasikal lebuh raya.

Berikutan itu, badan induk sukan berbasikal negara itu akan mengadakan mesyuarat agung tahunan untuk memilih jawatankuasa eksekutif persatuan berkenaan pada 26 Mac depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta agar Ahmad Shapawi menjadi 'orang tengah' bagi menyelesaikan kemelut kewangan yang timbul antara kedua-dua pihak itu.

Dalam pada itu, beliau meminta agar kedua-dua pihak memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas hakiki kepada dua kejohanan penting iaitu Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Thailand dan Kejohanan Trek Dunia UCI di Paris.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab dijangka kembali ke tanah air selepas tamat ACC, Ahad depan, manakala Beasley kini sedang mempersiapkan pelumba trek negara di Paris bagi mengutip mata untuk kelayakan Sukan Olimpik 2016.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad berkata satumesyuarat exco akan diadakan pada Selasa depan untuk membincangkan kemelut kewangan berkenaan.

"Mengikut maklumat, Beasley akan kembali dari Paris pada Rabu, sehari selepas mesyuarat exco PKBM.

"Tapi jika Beasley balik lagi awal dan boleh hadirkan diri, kita memang menjemput dia untuk bersama dalam mesyuarat itu untuk membincangkan masalah hutang yang didakwa Beasley," katanya.

Ditanya sama ada PKBM bersetuju dengan permintaan Beasley untuk mengadakan forum secara terbuka bagi membincangkan isu tersebut, Naim berkata adalah lebih baik jika masalah dalaman PKBM tidak diwar-war kepada masyarakat umum.

"Kalau boleh kita tidak mahu orang ramai melihat persatuan punya keburukan kepada umum. Masalah dalaman kita selesaikan secara dalaman. Kita akanselesaikan dengan segera," katanya. 

Tags / Kata Kunci: PKBM , John Beasley , Ahmad Shapawi

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan