PKBM Nafi Berhutang Dengan Beasley RM21,000

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada Selasa menafikan sekeras-kerasnya pernah atau masih berhutang RM21,000 kepada jurulatih trek dari Australia, John Beasley sebagaimana dakwaan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Isnin lalu.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab menjelaskan bahawa beliau telah bertemu dengan Beasley secara peribadi di Bilik VIP Velodrom di Korat pada 4 Februari lalu bagi menjelaskan kedudukan sebenar tentang perkara tersebut.

“Pada pertemuan tersebut, saya telah bertanya secara peribadi kenapa dia mendakwa PKBM masih berhutang kepadanya. 

"Malah, pada peringkat awal Beasley tidak mahu menyebut jumlah hutang PKBM dengannya.

“Selepas didesak baharulah Beasley memberitahu PKBM masih berhutang RM21,000. 

"Seterusnya, saya menyatakan bahawa PKBM telah pun menghantar email kepadanya bertarikh 16 Januari 2015 jam 11.42 pagi bagi menjelaskan kedudukan sebenar,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Abu Samah yang juga Naib Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) menjelaskan bahawa semua wang atau dana yang dimasukkan ke dalam akaun PKBM telah pun disalurkan kembali kepada pengurus pasukan YSD Track Team iaitu Datuk Naim Mohamad.

“Sepanjang pertemuan tersebut, saya telah menjelaskan perjalanan sebenar tentang akaun YSD Track Team. 

"Daripada pertemuan tersebut, saya meminta Beasley agar tidak mengeluarkan kenyataan media, sebaliknya berbincang secara berhemah.

“Ini kerana sesuatu perkara lebih mudah diselesaikan menerusi perbincangan yang bijak daripada meminta pihak akhbar menulis tentang perkara ini. Ketika itu, Beasley bersetuju dengan pendirian saya.

“Malah, saya juga meminta Beasley agar meminta penerangan daripada Naim memandangkan beliau adalah pengurus pasukan YSD Track Team. 

"Kami hanya bertindak menerima dana daripada Yayasan Sime Darby. Tidak lebih daripada itu,”jelasnya.

Abu Samah yang juga Presiden Persatuan Berbasikal Asean (ACA) bagaimanapun tidak mahu memperbesar-besarkan perkara tersebut kerana percaya “PKBM tidak bersalah dalam hal tersebut”.

“Saya dimaklumkan bahawa Beasley turut menghantar salinan email beliau tentang dakwaan PKBM berhutang RM21,000 kepada Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan). 

"Kami bersedia memberi penjelasan sekiranya diperlukan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan akan membawa perkara tersebut sebagai salah satu agenda perbincangan pada mesyuarat Exco PKBM pada 17 Februari ini.  

Tags / Kata Kunci: Abu Samah Abd Wahab , John Beasley , PKBM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan