ISN Tiada Kuasa Tentukan Tarikh Pendengaran Kes Doping Chong Wei - Sukan Ekstra | mStar

ISN Tiada Kuasa Tentukan Tarikh Pendengaran Kes Doping Chong Wei

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 12:23 AM

Chong Wei kini digantung sementara waktu oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) hanya bertindak memberi kerjasama sepenuhnya dalam penyediaan bukti bagi membantu kes doping pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya tidak terlibat dalam penangguhan tarikh pendengaran kes serta tidak mempunyai kuasa menentukan tarikh pendengaran kes tersebut.

"ISN tidak mempunyai sebarang pengaruh dalam penetapan tarikh, jadi macam mana kita nak melambat-lambatkan? Saya rasa pihak peguam yang menjaga hak Lee Chong Wei sedang bertungkus-lumus untuk memastikan tidak ada apa-apa yang kita tertinggal atau terlepas pandang.

"Sudah tentu langkah macam ini mengambil masa dan kita berharap semua pihak yang berkenaan bersabar," katanya.

Beliau ditemui pada sidang media edisi kelima Kejohanan Ragbi Premier 7s Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), di sini Selasa.

Chong Wei kini digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata penyediaan bukti bagi proses pendengaran isu doping Chong Wei oleh ISN dan pihak peguam Mike Morgan akan siap selewat-lewatnya Mac ini.

Tags / Kata Kunci: doping , ISN , Lee Chong Wei
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan