Larian 'Colour My Heart 2015' Galak Gaya Hidup Sihat

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 12:02 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Larian 'Colour My Heart' Great Eastern 2015 yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat akan diadakan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Acara larian tahun ini yang diadakan dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia itu, akan diadakan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, masing-masing pada 19 April dan 24 Mei.

Larian sejauh 12km dan 5km berjalan kaki santai untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan itu, dijangka berwarna-warni kerana peserta yang mengambil bahagian akan dilimpahkan dengan serbuk berwarna semasa perlumbaan itu, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Datuk Koh Yaw Hui dalam kenyataan di sini Isnin.

Beliau berkata larian di Pulau Pinang akan berlangsung di Padang Kota Lama manakala perlumbaan di Kuala Lumpur diadakan di Dataran Merdeka.

"Kedua-dua larian 5km di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur memberi fokus kepada suasana pengalaman berjalan cepat. Di sini, peserta akan bergerak dengan rentak mereka sendiri dan melalui stesen 'warna menyeronokkan' yang direka khusus, di mana mereka akan dilimpahkan denga serbuk berwarna, menikmati pelbagai pilihan muzik dan aktiviti kejutan lain," katanya.

Koh berkata larian tersebut adalah berkonsepkan untuk menggalakkan kesihatan dan meningkatkan tahap kebahagiaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari laman http://www.greateasterncolourmyheartrun.com dan juga 'Colour My Heart' Facebook Fans Page (laman peminat) untuk maklumat terkini dan promosi khas.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan