Thailand, Malaysia Layak Separuh Akhir Siri Super ISTAF

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 11:58 PM

MELAKA: Malaysia dan Thailand layak ke peringkat separuh akhir kategori lelaki Kejohanan Sepak Takraw Siri Super ISTAF Malaysia 2015 apabila muncul juara kumpulan masing-masing di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Malaysia dan Thailand layak ke peringkat separuh akhir kategori lelaki Kejohanan Sepak Takraw Siri Super ISTAF Malaysia 2015 apabila muncul juara kumpulan masing-masing di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini, Jumaat.

Saingan terakhir Kumpulan B menyaksikan Malaysia menewaskan Indonesia 2-0 (21-14, 21-12) untuk meletakkan Malaysia berada di tangga teratas diikuti Singapura.

Thailand pula mudah menjinakkan Korea Selatan 2-0 (21-11, 21-11) pada perlawanan terakhir Kumpulan A untuk menduduki tempat teratas dan Korea Selatan di tempat kedua.


Separuh akhir esok menyaksikan saingan menarik antara Malaysia dan Korea Selatan, pasukan yang pernah beberapa kali menewaskan pasukan kebangsaan negara termasuk dalam acara regu peringkat kumpulan Sukan Asia ke-17 tahun lalu.

Mengulas mengenai perlawanan esok, jurulatih Malaysia, Abd Talib Ahmad berkata beliau akan memikirkan percaturan terbaik terutama untuk posisi killer.

"Kita punyai dua striker (killer) yang amat baik iaitu Khairol (Khairol Zaman Hamir) yang menunjukkan prestasi baik dalam perlawanan sebelum ini dan Hanafiah Dollah yang menunjukkan keserasian dengan tekong (Mohd Shahir Mohd Rosdi). Saya akan lihat siapa yang perlu diturunkan," katanya kepada pemberita.

Thailand pula dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk melayan saingan Singapura dalam satu lagi saingan separuh akhir esok.

Persaingan kategori wanita hari ini menyaksikan kejutan apabila juara bertahan Thailand tewas kepada Myanmar 2-1 (17-21, 21-17, 21-14) sekali gus meletakkan Myanmar di tempat teratas kumpulan B dan Thailand di tempat kedua.

Nasib malang terus menimpa pasukan Malaysia apabila tewas kepada Vietnam dengan mata 2-1 (21-12, 21-23, 21-12) dalam kumpulan A, sekali gus gagal mara ke peringkat separuh akhir.

Peringkat separuh akhir bakal menemukan Myanmar dengan Vietnam yang berada di tempat kedua Kumpulan A manakala Korea Selatan yang berada di tangga teratas Kumpulan A akan berentap dengan Thailand. - BERNAMA

KEPUTUSAN

LELAKI

Kumpulan A

Thailand mn Myanmar 2-0 (21-7, 21-18)

Thailand mn Korea Selatan 2-0 (21-11, 21-11)

Myanmar mn Jepun 2-1 (21-14, 17-21, 21-8)

Kumpulan B

Malaysia mn Singapura 2-0 (21-13, 21-16)

Indonesia mn China 2-0 (21-15, 21-10)

Malaysia mn Indonesia 2-0 (21-14, 21-12)

WANITA

Kumpulan A

Korea Selatan mn Vietnam 2-0 (21-18, 21-17)

Vietnam mn Malaysia 2-1 (21-12, 21-23, 21-12)

Kumpulan B

Myanmar mn Thailand 2-1 (17-21, 21-17, 21-14)

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan