MMO 2015: Danny Beri Harapan Kepada Pemain Tempatan Pada Pusingan Pertama

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 11:18 PM

Pemain golf negara, Danny Chia melakukan pukulan chipping di lubang ke-8 pada Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia yang di adakan di Kuala Lumpur Golf Country Club (KLGCC), Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain profesional tempatan, Danny Chia membuat pukulan yang mantap selepas mencatat lima di bawah par 67 untuk mengekori pendahulu Lee Westwood dan Graeme McDowell pada pusingan pertama kejohanan golf Terbuka Malaysia Maybank (MMO) di Kuala Lumpur Golf and Country Club, di sini, Khamis.

Bermula dari lubang ke-10 ke atas, Chia menunjukkan kemampuan dengan  melakukan dua birdie pada lubang ke-10 dan ke-16 dengan double bogey pada lubang ke-13 dan ke-15.

Chia menunjukkan peningkatan di lubang kesembilan ke atas dengan melakar empat birdie berturut-turut dari lubang kedua dan menambah satu lagi birdie di lubang ketujuh untuk catatan lima bawah 67.

"Hayunan tidak berapa baik di sembilan lubang pertama mungkin kerana sedikit gementar. Saya berasa gelisah apabila apabila memukul bola tetapi saya melakukan empat birdie berturut-turut dari lubang kedua dan saya mula memukul bola dengan lebih baik," kata Chia.

Permulaan hebat Chia mengimbas kembali kejayaannya pada edisi 2008 dan 2009 apabila beliau mendahului separuh jalan sebelum menurun pada pusingan hujung minggu.

"Saya hanya cuba membuat satu pukulan pada satu masa dan memberi tumpuan kepada cabaran semasa. Apa yang akan berlaku esok, saya hanya akan meneruskan  cabaran," kata Chia.

Sementara itu, rakan sepasukannya Mohd Iylia Jamil mengukuhkan kedudukan dengan catatan dua di bawah par 70 sementara Nicholas Fung mengharungi cabaran kepada 71.

Tags / Kata Kunci: Danny Chia , MMO , Graeme McDowell

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan