Sukan SEA: Tiada Sasaran Pingat Di Singapura - Tunku Imran

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 11:27 PM

Tunku Imran Tuanku Jaafar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) buat pertama kali, memutuskan untuk tidak meletakkan sebarang sasaran pingat bagi Sukan SEA di Singapura yang dijadualkan pada Jun ini.

Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata: "Kami telahbersetuju untuk tidak meletakkan sasaran kali ini. Kami tidak mahu memberi tekanan ke atas atlet."

Beliau berkata sukan-sukan individu mungkin mempunyai sasaran tertentu tetapi ini tidak melibatkan kontinjen.

"Setiap atlet berpeluang untuk meraih pingat emas...dan saya percaya setiap sukan mempunyai sasarannya sendiri," kata beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pemilihan MOM bagi Sukan SEA ke-28 di Singapura, pada Rabu.

Turut hadir chef-de-mission (CDM) Datuk Mohamad Norza Zakaria, setiausaha kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi dan ketua pengarah Majlis Sukan Negara Ahmad Shapawi Ismail.

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Malaysia akan memberi tumpuan kepada atlet baharu dan berpotensi pada Sukan SEA Singapura.

Khairy juga berkata bahawa pada Sukan SEA sebelumnya, Malaysia lebih memberi fokus kepada jumlah pingat emas untuk dicapai tetapi kali ini strateginya telah berubah.

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA Singapura , MOM

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan