Piala Monsun Malaysia: Koo Yakin Tampil Prestasi Terbaik

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 8:32 PM

Jeremy Koo

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Wakil negara pada perlumbaan Piala Monsun Malaysia, Jeremy Koo yakin untuk menampilkan prestasi terbaik di kejohanan kapal layar antarabangsa itu, yang bakal diadakan buat pertama kali di sini, minggu depan. |

Koo yang sudah berkecimpung dalam sukan kapal layar selama 25 tahun dan telah menyertai perlumbaan match-racing sejak 2006, bersama-sama empat anggota di bawah pasukan Sime Darby Foundation/1Malaysia Match Racing, akan bersaing dengan 11 pasukan lain pada kejohanan berkenaan.

"Saya yakin untuk mempamerkan prestasi yang baik pada perlumbaan ini kerana saya mempunyai pasukan cukup mantap kali ini, yang terdiri daripada anggota yang hebat. Selain itu, cuaca di sini lebih baik dari di Terengganu," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Koo juga berkata latihan bersama juara empat kali Jelajah Dunia Match Racing, Ian Williams dan pasukannya GAC Pindar dari Britain, telah membuahkan hasil memandangkan dia banyak belajar daripada jaguh dunia itu.

Williams merangkul gelaran Jelajah Dunia Match Racing pada 2007, 2008, 2011dan 2012.

"Saya masih mengkaji pola angin di sini dan mudah-mudahan, saya boleh menggunakan taktik dan kemahiran tersebut semasa perlumbaan," katanya ketika ditanya bagaimana persediaan beliau menghadapi kejohanan berkenaan yang pertama kali diadakan di Johor.

Koo yang merupakan ketua pasukan Sime Darby Foundation-KRT, adalah juara keseluruhan Liga Pelayaran Malaysia tahun lepas, dan akan mengetuai cabaran Pasukan 1Malaysia Match Racing.

Piala Monsun Malaysia yang akan bermula pada 10 Februari ini, adalah peringkat akhir siri Jelajah Dunia Match Racing Alpari 2014.

Selain Malaysia dan Britain, pasukan lain yang menyertai perlumbaan itu termasuk Australia, Sweden, New Zealand, Perancis dan Singapura.

Johor dipilih sebagai venue kejohanan berkenaan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) tahun lepas, dengan harapan sukan pelayaran dapat lebih diceburi rakyat negara ini, terutama oleh anak muda.

Tags / Kata Kunci: Piala Monsun Malaysia , Jeremy Koo

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan