Golf: 'Tiger Killer' Sertai Terbuka Malaysia 2015

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 5:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain Jelajah PGA Amerika Syarikat, Yang Youn-eun atau Y.E. Yang dari Korea Selatan merupakan antara pemain utama Asia yang mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2015 di sini bermula minggu depan.

Yang, 43, dengan nama jolokan 'The Tiger Killer', mula menonjol apabila melakukan kejutan luar dugaan dengan menyingkirkan Tiger Woods dengan kelebihan tiga pukulan untuk merangkul gelaran sulung utamanya pada Kejohanan PGA 2009.

Pihak penganjur, dalam kenyataan pada Khamis berkata, sebanyak 156 pemain dari36 negara akan berentap pada kejohanan bernilai US$3 juta (RM10.9 juta), sekaligus menjadi kejohanan paling lumayan di rantau ini.

Kejohanan tahunan ini akan berlangsung pada 5 hingga 8 Februari ini di Kelab Golf& Country Kuala Lumpur (KLGCC) di sini.

Selain Y.E. Yang, barisan pemain Asia lain ialah bekas juara dua kali, Arjun Atwal dari India, bintang tersohor Thailand, Thongchai Jaidee, yang menghuni ranking ke-38 dunia dan pemain meningkat naik dari China, Liang Wen Chong.

Bintang semakin menonjol, Rashid Khan, 24, akan menggalas cabaran India bersama-sama dengan pemain berpengalaman, Anirban Lahiri dan Gaganjeet Bhullar.

Thailand pula tidak kurang hebat menampilkan barisan pemain berwibawa seperti juara edisi 2013, Kiradech Aphibarnrat, Prom Meesawat, Thaworn Wiratchant dan Prayad Marksaeng.

Pemain veteran Singapura, Mardan Mamat, yang menjuarai Kejohanan Sabah Masters awal bulan ini, serta pemain Filipina, Angelo Que turut menyerikan kejohanan tahun ini.

Selain barisan pemain Asia, kejohanan kali ini turut disertai oleh juara bertahan Lee Westwood dari England, bintang juara bertahan Piala Ryder, Victor Dubuisson (Perancis) dan bekas juara Terbuka Amerika Syarikat 2010, Graeme McDowell dari Ireland.

Di samping itu, mata ranking dunia yang diperoleh daripada kejohanan ini akan menyumbang kepada 'Order of Merit' Jelajah Asia serta diambil kira dalam pemburuan tempat ke kejohanan berprestij 'Race to Dubai 2015' di bawah JelajahEropah. 

Tags / Kata Kunci: Golf Terbuka Malaysia 2015

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan