Kok Chi Gesa Objektif Acara Larian Dikaji Semula Supaya Membuahkan Hasil

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 3:02 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiap tahun pelbagai acara larian atau maraton diadakan dengan pelbagai objektif penganjurannya.

Walaupun setiap acara larian itu mendapat sambutan meriah dari segi penyertaan, hakikatnya ia masih belum mampu membantu melahirkan atlet jarak jauh yang berwibawa.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi mengakui penganjuran acara larian seperti maraton bukanlah lubuk untuk mencari bakat-bakat baharu yang boleh digilap sebagai atlet kebangsaan.

Beliau menggesa agar objektif acara larian seperti maraton dikaji semula agar dapat melahirkan semula atlet jarak jauh yang berpotensi untuk menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa.

Kok Chi menjelaskan, acara larian tersebut sepatutnya menjadi platform terbaik dalam menghasilkan pelari tempatan yang berpotensi di samping menjadi pentas terbaik atlet sedia ada untuk memperbaiki catatan masa mereka.

"Semakin lama, objektif penganjuran dan penyertaan aktiviti larian yang diadakan di seluruh negara semakin hilang, malah menjadi antara penyebab negara terus ketandusan pelari berbakat.

"Tak guna ada aktiviti larian jika yang menyertainya hanya sekadar suka-suka, hanya mahukan hadiah ataupun bergambar sahaja," katanya yang turut membidas pihak penganjur tidak faham sesuatu aktiviti larian itu diadakan.

Jelasnya, acara maraton ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan, terutama kepada atlet kebangsaan.

"Malaysia antara negara penganjur acara larian paling banyak di dunia. Malah jika acara larian yang dianjurkan itu diiktiraf MOM atau Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), maka ia boleh dijadikan landasan atlet untuk layak mewakili negara.

"Malangnya, sehingga kini, tiada pelari yang mampu menghadiahkan emas kepada Malaysia di pentas antarabangsa kecuali M. Ramachandran yang meraih dua emas pada Sukan SEA 1993 di Singapura dan memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 5,000 meter dan 10,000m.

"Malangnya  rekod itu masih gagal dipecahkan oleh atlet sekarang," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Maraton

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan