Juara Berganda Tour de France Sertai LTdL 2015

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 12:32 PM

Chris Froome

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, juara berganda Tour de France daripada pasukan Team Sky (Bradley Wiggins pada 2012 dan Chris Froome pada 2013) akan mengetuai senarai pasukan dalam kelompok World Team pada edisi ke-20 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015.

Pasukan berkenaan akan disertai tiga lagi pasukan dalam kelompok World Team pada LTdL kali ini, iaitu Orica-GreenEdge, Astana dan Tinkoff-Saxo.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2015 Datuk Malik Mydin berkata pasukan-pasukan berkenaan adalah empat daripada lima pasukan terbaik di dunia.

"Kita bercakap tentang pasukan yang telah memenangi Tour de France sebanyak tiga kali, sekali Giro dItalia serta dua Vuelta a Espaa dalam tempoh tiga tahun lepas.

"Ia penghormatan yang besar apabila pasukan-pasukan ini berlumba di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Perlumbaan tersebut turut melibatkan penyertaan tujuh pasukan profesional benua, 11 pasukan benua serta pasukan dari Asia dan Malaysia.

Dianjurkan oleh Human Voyage Sdn Bhd, perlumbaan tersebut akan berlangsung dari 8 hingga 15 Mac, melibatkan saingan sejauh 1,000km daripada lapan peringkat.

Tags / Kata Kunci: LTdL 2015 , Team Sky

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan