Isu Pergaduhan Dua Atlet Olahraga Negara Selesai

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 12:13 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu pergaduhan dua atlet olahraga negara iaitu jaguh lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin dan atlet lompat tinggi, A. Kavee Alagan akhirnya menemui jalan penyelesaian selepas mereka bersetuju untuk berdamai.

Mereka bersetuju berbuat demikian selepas hadir pada mesyuarat khas antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) di Pejabat Pesuruhjaya Sukan di Bukit Jalil di sini, Selasa.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ketua Pengarah MSN, Ahmad Shapawi Ismail berterima kasih kepada Pengarah Teknikal KOM, Robert J. Ballard yang menjadi orang tengah kepada kedua-dua atlet berkenaan untuk berdamai.

Beliau berkata, pihaknya turut menimbang mengembalikan semula elaun latihan serta kemudahan asrama yang sebelum ini ditarik balik kepada kedua-dua atlet itu selain turut disenaraikan dalam program persediaan khusus ke Sukan SEA 2015 di Singapura, Jun ini.

"Kita akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja (dengan KOM) dalam tempoh terdekat mengenai perkara berkenaan," kata Ahmad Shapawi.

Beliau turut menjelaskan pihaknya bekerjasama dengan KOM bagi memastikan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua atlet berkenaan dapat ditarik semula.

"Kita telah berhubung dengan pihak polis mengenai perkara tersebut (bagi menarik balik laporan polis) dan mereka menyifatkan ia sebagai satu usaha yang baik," katanya.

Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berterima kasih kepada kedua-dua atlet berkenaan sambil berharap ia menjadi pengajaran berguna kepada mereka untuk menjadi lebih matang.

Dalam pada itu, Muhammad Irfan, yang ditemui pemberita, mengakui ketiadaan elaun latihan dan kemudahan asrama menyukarkan beliau yang terpaksa berulang alik dari rumah sewanya di Damansara ke Bukit Jalil untuk sesi latihan harian.

"Alhamdulillah, insiden ini sudah selesai dan saya ingin berterima kasih kepada Mr Robert dan KOM yang banyak membantu saya menyelesaikan masalah ini. Fokus saya kini adalah ke Sukan SEA," kata Muhammad Irfan yang juga pemegang rekod kebangsaan acara lempar cakera.

Berkongsi nada yang sama adalah Kavee Alagan yang mahu memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi Sukan SEA sambil berharap episod itu menjadi pengajaran berguna untuk mereka.

"Saya pun sudah melupakan perkara ini dan saya berharap ia tidak akan dipanjangkan lagi. Kini saya boleh memberi tumpuan kepada latihan saya untuk ke Sukan SEA nanti," jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan kedua-dua atlet berkenaan terlibat dalam pergaduhan di asrama atlet Casa MSN, Bukit Jalil pada 20 Ogos, tahun lepas.

Berikutan insiden itu, mereka diarah keluar oleh MSN daripada asrama atlet di Bukit Jalil sehingga isu tersebut selesai.

Tags / Kata Kunci: MSN , Ahmad Shapawi Ismail , A Kavee Alagan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan