Sembilan Negara Sertai Siri Super Istaf 2014/2015 Di Melaka - Sukan Ekstra | mStar

Sembilan Negara Sertai Siri Super Istaf 2014/2015 Di Melaka

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 7:57 PM

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (empat, kiri) bergambar bersama Exco Pembangunan Sukan dan Kesihatan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (empat, kanan), Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail (tiga, kiri) dan Presiden Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim (dua, kanan) selepas sidang media mengenai Kejohanan Siri Super ISTAF Malaysia 2014/15 di Pejabat Ketua Menteri Seri Negeri di sini hari ini. Kejohanan itu akan berlangsung dari 5 hingga 8 Februari ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sembilan negara akan menyertai pusingan kedua Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) musim 2014-2015 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh di sini, bermula 5 Februari ini.

Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan Negeri, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, selain Malaysia, negara lain ialah Vietnam, Indonesia, Myanmar, Korea Selatan, Jepun, Singapura, China dan Thailand.

Kejohanan empat hari itu terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan wanita manakala setiap kategori dibahagikan kepada dua kumpulan, katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Beliau berkata dalam kategori lelaki, juara pusingan pertama, Thailand diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan Jepun, Korea Selatan dan Myanmar manakala Malaysia berada dalam Kumpulan B dengan Singapura, China dan Indonesia.

Dalam kategori wanita pula, Malaysia, Korea Selatan dan Vietnam diundi dalam Kumpulan A manakala Kumpulan B menyaksikan kehadiran juara pusingan pertama, Thailand, Jepun dan Myanmar.

Pada pusingan pertama di Nay Pyi Taw, Myanmar, bulan lepas, Thailand menjuarai kedua-dua kategori dengan skuad lelaki negara itu menewaskan Malaysia 3-0 dalam final manakala skuad wanitanya mengalahkan Vietnam 2-0.




Tags / Kata Kunci: Istaf , Melaka , Ab Rahaman Ab Karim
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan