Abu Samah Lega PKBM Kembali Bernafas

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akhirnya menarik nafas lega apabila dibenarkan kembali  aktif selepas hampir tiga bulan digantung pendaftaran oleh Pesuruhjaya Sukan.

Presidennya, Datuk Abu Samah Abd Wahab mengakui berita yang diterimanya pada petang Isnin itu merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu.

"Berita ini bukan sahaja menggembirakan saya, malah ia turut bermakna kepada pihak pengurusan, ahli gabungan, pelumba-pelumba negara dan juga peminat sukan berbasikal tanah air.

"Pihak persatuan telah mencuba sedaya upaya untuk  memenuhi apa sahaja maklumat yang diminta pihak Pesuruhjaya Sukan dan mereka bersama Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin berpuas hati dengan tindakan pembetulan dari kami.

"Sebelum ini saya memang yakin status penggantungan yang dikenakan itu hanyalah sementara sahaja bagi melengkapkan segala butiran yang diingini oleh unit Audit Dalaman Kementerian Belia Dan Sukan (KBS),” jelasnya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Menurut Abu Samah, dengan status bebas ini sekaligus memberi semangat kepada pelumba-pelumba negara.

"Pelumba-pelumba akan menyambung latihan seperti yang telah disediakan menjelang Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke-35 di Nakon Ratchasima , Thailand yang akan diadakan pada 4 hingga 14 Februari ini.

"Selepas itu mereka akan meneruskan latihan bagi menyertai perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada Mac ini sebelum ke Sukan Sea di Singapura pada Jun nanti, ” katanya yang juga Naib Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC).

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya Sukan Tuan Abdul Rahim Tuan Bahru mengarahkan PKBM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan pemilihan jawatankuasa yang baru dalam tempoh 60 hari dan mengemaskini semula perlembagaannya bagi memastikan pentadbiran yang kemas dan teratur khususnya yang melibatkan peraturan-peraturan pengurusan kewangan PKBM.

Selain itu, PKBM juga diarahkan untuk memastikan pengurusan peruntukan kewangan daripada agensi kerajaan dalam jumlah yang besar diurus selia oleh agensi terbabit.

Malah Pesuruhjaya Sukan juga akan sentiasa memantau perkembangan PKBM dari semasa ke semasa agar isu yang berbangkit tidak berulang.

Sebagai rekod, isu pengurusan peruntukan kewangan ini terbongkar selepas kegagalan skuad lebuh raya negara memenangi pingat emas ketika temasya Sukan Sea Myanmar 2013 biarpun menerima peruntukan bernilai jutaan ringgit yang disalurkan KBS setiap tahun kepada badan induk ini untuk digunakan bagi  program skuad lebuh raya negara.

Pada 24 Oktober 2014, Pesuruhjaya Sukan telah menggantung pendaftaran PKBM selama sebulan selepas badan sukan itu gagal mengemukakan jawapan yang munasabah terhadap surat tunjuk sebab yang dikenakan pada 21 Ogos lepas.

Hasil penelitian Pesuruhjaya Sukan mendapati jawapan yang diberikan masih tidak menjawab dengan jelas terhadap pertuduhan yang dikenakan dan tiada tindakan pembetulan yang telah dibuat oleh PKBM ke atas laporan pengauditan yang dijalankan Unit Audit Dalaman KBS.

Khairy  kemudian mengarahkan satu audit dalaman dilakukan sekali lagi ke atas akaun PKBM ekoran adanya aduan khusus berkaitan program berbasikal lebuh raya negara dan laporan perbelanjaan persatuan itu yang didapati terlalu umum.

Tags / Kata Kunci: PKBM

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan