PKBM Bebas Daripada Penggantungan

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2015 10:05 PM

PKBM kini boleh kembali menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebagai badan pengawal bagi sukan berbasikal di Malaysia.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Sukan pada Isnin mengumumkan keputusan menarik balik penggantungan pendaftaran Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) setelah berpuas hati dengan tindakan pembetulan yang telah dilaksanakan badan induk sukan berbasikal negara itu.

Penarikan balik penggantungan pendaftaran itu berkuat kuasa hari ini.

"Hasil penelitian Pesuruhjaya Sukan bersama Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian Belia dan Sukan ke atas Laporan Tindakan Pembetulan yang dikemukakan oleh PKBM pada 24 November 2014 yang lalu, mendapati PKBM telah mengambil tindakan seperti mana yang disyaratkan oleh Pesuruhjaya Sukan berikutan penggantungan pendaftarannya," kata Timbalan Pesuruhjaya Sukan Tuan Abdul Rahim Tuan Bahru dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, PKBM kini boleh menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebagai badan pengawal bagi sukan berbasikal di Malaysia serta meneruskan aktivitinya seperti biasa. 

"Bagaimanapun, PKBM perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan pemilihan jawatankuasa yang baru dalam tempoh 60 hari dan mengemaskini semula perlembagaannya bagi memastikan pentadbiran yang kemas dan teratur khususnya yang melibatkan peraturan-peraturan pengurusan kewangan PKBM," katanya.

Selain itu, PKBM juga diarahkan untuk memastikan pengurusan peruntukan kewangan daripada agensi kerajaan dalam jumlah yang besar diurus selia oleh agensi terbabit. 

Pesuruhjaya Sukan juga akan sentiasa memantau perkembangan PKBM dari semasa ke semasa agar isu yang berbangkit tidak berulang. 

Pada 24 Oktober tahun lepas, Pesuruhjaya Sukan telah menggantung pendaftaran PKBM selama sebulan selepas badan sukan itu gagal mengemukakan jawapan yang munasabah terhadap surat tunjuk sebab yang dikenakan pada 21 Ogos lepas.

Hasil penelitian Pesuruhjaya Sukan mendapati jawapan yang diberikan masih tidak menjawab dengan jelas terhadap pertuduhan yang dikenakan dan tiada tindakan pembetulan yang telah dibuat oleh PKBM ke atas laporan pengauditan yang dijalankan Unit Audit Dalaman Kementerian Belia dan Sukan.
|
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kemudian mengarahkan satu audit dalaman dilakukan sekali lagi ke atas akaun PKBM ekoran adanya aduan khusus berkaitan program berbasikal lebuh raya negara dan laporan perbelanjaan persatuan itu yang didapati terlalu umum.

Beliau kemudian mengarahkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk menggantung pentadbiran PKBM sehingga mereka memberikan kenyataan balas mengenai laporan audit mengenai salah urus tadbir.

Tags / Kata Kunci: PKBM Bebas

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan