Bapa Anggap Pemergian Mohammad Azlan Ujian Daripada Allah

Diterbitkan: Ahad, 25 Januari 2015 7:46 PM

Azlan (kanan) bersama Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (kiri) meraikan kejayaan selepas berjaya menduduki tempat 1 dan 2 dalam acara 100m lelaki T36 pada temasya Sukan Para Asian 2014 di Asiad Main Stadium di Incheon, tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pemergian bintang paralimpik negara Mohammad Azlan Mat Lazim yang maut akibat kemalangan jalan raya pada Sabtu, begitu terkesan bagi kedua ibu bapa Allahyarham.

Sejak bergelar atlet paralimpik olahraga negara, kedua-dua mereka sentiasa  memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar arwah beroleh kejayaan dalam sebarang temasya yang disertainya.

Namun, segala-galanya tinggal kenangan dan mereka reda dengan pemergian Allahyarham Mohammad Azlan, 25, yang merupakan pemenang tiga pingat emas Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Bapa Allahyarham, Mat Lazim Ali, 51, menganggap apa yang berlaku terhadap arwah anaknya itu ujian daripada Allah SWT.

Mat Lazim berkata sebelum kejadian, arwah anaknya itu menelefon beliau pada 11 pagi Sabtu, untuk bertanyakan khabar.

"Arwah ada menyatakan hasrat hendak membeli rumah baharu kepada keluarga tidak lama lagi...saya reda dengan apa yang terjadi," katanya.

Mohammad Azlan maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka bergesel dengan sebuah van lalu terbabas di Jalan Besar Serdang Raya 2/3, Seri Kembangan, dekat sini Sabtu.

Mohammad Azlan yang berasal dari Kemaman, Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tangan dan kepala.

Rakannya, Farisan Jasna, 25, yang merupakan atlet lompat jauh paralimpik berasal dari Sarawak serta pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 2013 di Nay Pyi Taw, Myanmar cedera parah dan dirawat di Hospital Serdang.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Terengganu (Pesron), Engku Ali Engku Ngah berkata, pemergian Allahyarham Mohammad Azlan satu kehilangan besar kepada persatuan berkenaan.

Beliau berkata, bakat Allahyarham mula dicungkil serta diketengahkan di peringkat antarabangsa pada 2011 dalam acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter kategori kecacatan T38 dan T36.

Jenazah atlet paralimpik negara itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jabor Kubur di Chukai, Kemaman, pada 1.20 pagi Ahad, dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat.

Tags / Kata Kunci: Mohammad Azlan Mat Lazim

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan