Liga Hoki Dunia: Malaysia Kekal Aksi Mantap, Belasah Mexico 10-1

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 11:34 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia mempamerkan aksi unggul selepasmembelasah Mexico 10-1 pada perlawananan suku akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia 2015 di Stadium Hoki Sengkang, Khamis.

Kejayaan itu membolehkan skuad bimbingan Tai Beng Hai mara ke perlawanan suku akhir pada Sabtu dan dijangka bertemu Jepun, sekali gus membuka peluang untuk mencapai sasaran menjadi dua pasukan terbaik kejohanan kali ini.

Dalam perlawanan hari ini, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil menjadi hero pasukan Malaysia apabila menjaringkan empat gol pada minit ke-4 melalui pukulan sudut penalti manakala gol padang dijaringkan pada minit ke-30, 31 dan 48.

Gol Malaysia lain dijaringkan Muhammad Firhan Ashari pada minit ke-14, Muhammad Razie Abdul rahim (minit ke-16), Muhammad Firhan Ashari (minit ke-19), Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (minit ke-40), Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin (minit ke-44), Muhammad Haziq Samsul (minit ke-54).

Gol tunggal Mexico dijaringkan Andres Rangel pada minit ke-24 melalui gol padang.

Malaysia masih mengekalkan rekod tanpa kalah sejak kejohanan bermula pada16 Jan; menumpaskan Oman 8-0, menang 5-1 ke atas Ukraine dan membelasah Singapura 16-1.

Mengikut format kejohanan, tiga pasukan terbaik daripada pusingan ini akanmelangkah ke peringat separuh akhir Liga Hoki Dunia di Belgium atau Argentina pada Jun ini.   

Enam pasukan terbaik daripada Liga Hoki Dunia akan layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil bersama-sama dengan tuan rumah, Brazil dan lima juara benua.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Liga Hoki Dunia

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan