Hoki: Malaysia Naik Satu Anak Tangga, Ranking Ke-12 Dunia

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 1:52 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Selepas lebih tiga tahun berada di ranking ke-13 dunia, akirnya skuad hoki Malaysia kini berjaya berada pada kedudukan ke-12 dunia, Khamis.

Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Nur Azmi Ahmad berkata kali terakhir Malaysia pernah berada di ranking ke-12 itu adalah sekurang-kurangnya, lima tahun lepas.

"Kita sudah lebih tiga tahun berada di ranking ke-13, daripada ranking asal pada kedudukan ke-14. Dengan pencapaian ini, saya rasa peluang kita untuk ke Sukan Olimpik di Rio de Janeiro pada tahun hadapan lebih cerah.

"Tapi semua ini terpulang kepada pemain itu sendiri...saya tengok Malaysia dapat tunjukkan peningkatan prestasi daripada satu perlawanan ke perlawanan lain," katanya selepas tamat perlawanan antara Malaysia dan Mexcio di Stadium Hoki Sengkang, Rabu.

Malaysia menewaskan Mexico 10-1 pada perlawanan suku akhir Pusingan KeduaHoki Liga Dunia (WHL) 2015 yang bermula pada 16 hingga 25 Januari ini.

Nur Azmi berkata ini merupakan peluang terbaik buat Malaysia dan para pemain perlu menunjukkan komitmen lebih tinggi antara satu sama lain untuk memastikan kejayaan Malaysia.

Mengulas mengenai Pusingan Kedua WHL ini, Nur Azmi berkata matlamat utama Malaysia adalah menjadi juara dan mara ke separuh akhir WHL di Belgium atau Argentina, Jun ini.

"Masih ada tujuh tempat kosong di situ (Sukan Olimpik) dan mungkin kita layak ke Olimpik jika ranking kita bertambah baik...mungkin dalam tahun ini atau tahun depan kita dapat capai matlamat kita yang sebenar," katanya.

Mengikut format kejohanan WHL, tiga pasukan terbaik daripada pusingan iniakan melangkah ke peringkat separuh akhir WHL.

Enam pasukan terbaik daripada WHL akan layak ke Sukan Olimpik, bersama-sama tuan rumah, Brazil dan lima juara benua.

Tags / Kata Kunci: Hoki Malaysia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan