Liga Hoki Dunia: Mexico Bukan Tandingan Malaysia Pada Aksi Suku Akhir

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2015 6:05 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia tidak mahu menghitung bilangan jaringan sebaliknya mahu menempah tiket separuh akhir apabila berdepan dengan Mexico pada perlawanan suku akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia pada Khamis.

Biarpun muncul juara Kumpulan A dengan 28 gol, Malaysia tidak mahu mendabik dada apabila menentang pasukan tangga tercorot Kumpulan B dari benua Amerika Latin itu.

Jurulatih negara Tai Beng Hai tidak mahu terlalu yakin dengan kemenangan mudah berikutan anak didiknya belum pernah berpeluang bermain dengan pasukan ranking ke-35 dunia itu.

Oleh kerana perlawanan diadakan pada pukul 9 pagi, kita tidak bermain pada waktu itu dan perlu membuat persediaan yang lebih bagus serta tdak mahu mengambil mudah kemampuan skuad Mexico, kata Beng Hai kepada pemberita di sini pada Rabu.

"Saya tidak mahu pemain kelam kabut atau mengejar gol...kita mahu mengawal perlawanan," katanya.-

Sekiranya melepasi halangan suku akhir, Malaysia, yang menghuni ranking ke-13 dunia, dijangka bertemu dengan Jepun pada separuh akhir.

Jepun turut mendapat laluan mudah apabila menentang Ukraine pada saingan suku akhir esok.

Dalam dua lagi perlawanan suku akhir, Oman menentang Bangladesh manakala juara Kumpulan B, Poland berdepan dengan Singapura.

Perlawanan separuh akhir akan berlangsung Sabtu ini. Mengikut format kejohanan, tiga pasukan terbaik daripada pusingan ini akan melangkah ke peringat separuh akhir Liga Hoki Dunia di Belgium atau Argentina pada Jun ini.

Enam pasukan terbaik daripada Liga Hoki Dunia akan layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil bersama-sama dengan tuan rumah, Brazil, dan lima juara benua.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Liga Hoki Dunia , Malaysia , suku akhir

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan