Hoki: Malaysia Belasah Singapura 16-1

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2015 12:31 AM

Pemain Hoki Malaysia meraikan kemenangan selepas menewaskan Singapura dengan 16-1 pada perlawanan peringkat kumpulan A saingan pusingan kedua Hoki Liga Dunia 2015 di Stadium Hoki Sengkang di Singapura, malam Selasa. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia menamatkan saingan Kumpulan A Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia 2015 dengan berpesta gol apabila membelasah Singapura 16-1 di Stadium Hoki Sengkang, di sini malam Selasa.

Kejayaan itu meletakkan Malaysia di kedudukan teratas kumpulan berkenaan dengan sembilan mata setelah mencatat tiga kemenangan berturut-turut pada kejohanan tersebut. 

Skuad bimbingan Tai Beng Hai itu akan berdepan Mexico, yang menduduki tangga tercorot dalam Kumpulan B, pada suku akhir Khamis ini.

Dalam perlawanan pada Selasa, Faizal Saari muncul penjaring terbanyak Malaysia apabila menjaringkan enam gol pada minit ke-6, 19, 25, 31, 32 dan 51.

Gol Malaysia lain dijaringkan oleh Muhammad Firhan Ashari (minit ke-13, 25), Muhammad Razie Abdul Rahim (minit ke-24, 52), Muhammad Haziq Shamsul (minit ke-37, 53), Muhammad Marhan Mohd Jalil (minit ke-42) dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (minit ke-44).

Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil turut mencatat nama dalam senarai penjaring apabila melengkapkan kemenangan besar Malaysia dengan menyumbat masuk dua gol pada minit ke-58 dan 60.

Gol saguhati Singapura dijaringkan oleh Ian Vanderput pada minit ke-32.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan