Pasukan Oi! Kuasai Hari Pertama RLIR 2015

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 11:13 PM

Pasukan Oi yang diketuai Peter Ahern dari Australia mendahului perlumbaan hari pertama bagi kategori Racing Class pada Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2015 pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pasukan 'Oi!' dari Australia mendahului kategori Racing pada hari pertama Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2015 selepas berjaya menamatkan perlumbaan pertama dan kedua di kedudukan teratas.  

Keadaan laut tenang dengan kelajuan angin antara 16 dan 25 knot membolehkan 'Oi!' yang diketuai Peter Ahern untuk mendahului perlumbaan itu selepas mengutip dua mata penalti daripada dua perlumbaan dalam Harbour Race di Kelab Pelayaran Diraja Langkawi (RLYC) pada Selasa.

Ahern berkata pencapaian itu adalah permulaan baik untuk 'Oi!' yang merupakan juara RLIR sebanyak empat kali pada 2003, 2004, 2005 dan 2014.

"Perlumbaan hari ini hebat dan menarik. Berbanding tahun lepas, keadaan angin tidak begitu kencang tahun ini dan pelayaran kami berjalan lancar,"katanya.

Beliau berkata pasukan Malaysia juga menampilkan persembahan yang baik hari ini, tetapi berdepan masalah teknikal yang menghalang mereka mendahului perlumbaan tersebut.

Pasukan 'Utarid' dan 'Zuhrah' dari Malaysia yang masing-masing mengumpul lima mata penalti, menduduki tempat kedua dan ketiga manakala sebuah lagi pasukan tempatan, 'Zuhal' di kedudukan terakhir daripada empat pasukan yang bersaing dalam kategori tersebut setelah mengutip sembilan mata penalti.

Kesemua pelayar akan meneruskan saingan pada Cabaran Laut Terbuka pada Rabu.

Sebanyak 40 kapal layar dari seluruh dunia termasuk Malaysia, Great Britain, Australia, Thailand, Singapura, Rusia, Austria, Denmark, China, Hong Kong, Itali, New Zealand dan Jepun bersaing dalam RLIR tahun ini, yang bermula hari ini hingga 17 Januari.

RLIR 2015 selama lima hari itu mempertandingkan lima kategori iaitu Kelas Racing, Kelas IRC, Kelas Sport, Kelas Multihull dan Kelas Kelab.

Tags / Kata Kunci: Pasukan Oi! Regata Langkawi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan