MOM Tetap Mahu Selesai Sendiri Isu Maraton MIM 2015

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 9:41 PM

Danyal Balagopal Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengulangi pendiriannya bahawa tiada keperluan bertemu dengan Presiden Kesatuan Olahrahga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim bagi membincangkan isu Maraton Antarabangsa Malaysia (MIM) 2015.

Danyal sebaliknya menjelaskan bahawa isu itu akan dibincangkan dengan lebih mendalam pada mesyuarat Anggota Lembaga MOM, Selasa.

Beliau turut menyambut baik saranan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebelum ini yang mahu kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu dengan baik.

"Mengikut perlembagaan MOM, antara bidang tugas sebagaimana yang termaktub dalam (perlembagaan) MOM artikel 5.17 ialah untuk memperoleh dan memperkembang dana bagi program pembangunan dan pengurusan pelbagai sukan anggota...jadi ini sudah jelas," katanya kepada Bernama, Isnin.

Danyal mengulas kenyataan Karim yang bertegas bahawa KOM tidak akan mengiktiraf acara itu kerana mendakwa ia bertentangan dengan peraturan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) yang mensyaratkan mana-mana kejohanan olahraga perlu mendapat sokongan badan induk olahraga sesebuah negara.

MIM 2015 dijangka berlangsung pada 23 dan 24 Mei ini bermula di Stadium Batu Kawan sebelum menyeberang Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan kembali ke Stadium Batu Kawan.

Acara itu yang menawarkan hadiah keseluruhan RM350,000 dianjurkan buat julung kalinya oleh MOM bermatlamat mengutip dana bagi membantu persatuan sukan kebangsaan yang menghadapi kekangan kewangan.
Tags / Kata Kunci: MOM , KOM , maraton

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan