KOM Kenal Pasti 19 Atlet Prospek Pingat Pada Sukan SEA 2015

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 11:39 PM

Karim Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 atlet olahraga dikenal pasti oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sebagai prospek penyumbang pingat untuk kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2015 di Singapura, Jun ini.

Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim, berkata atlet berkenaan akan menjalani latihan persediaan khas di bawah bimbingan sembilan jurulatih mengikut acara masing-masing sambil menambah atlet-atlet lain turut berpeluang merebut tempat ke temasya dwi tahunan itu.

"Tumpuan (khusus) akan diberikan kepada 19 atlet ini tanpa mengenepikan atlet-atlet lain. Kita memberi fokus kepada mereka memandangkan kita mahu mendapat pingat emas yang lebih banyak berbanding empat emas yang diraih pada Sukan SEA 2013 di Myanmar," katanya.

Karim berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja antara KOM dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang berlangsung hampir empat jam di pejabat MSN, Bukit Jalil di sini Jumaat.

Sembilan belas atlet berkenaan adalah Nauraj Singh Randhawa (lompat tinggi); Jackie Wong Siew Cheer (baling tukul besi); Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang); Iskandar Alwi (lompat bergalah); Mohd Khairil Harith Harun (20km Jalan Kaki); Lee Hup Wei dan Mohd Azly Ghazaly (kedua-duanya acara lompat tinggi) dalam acara lelaki.

Atlet lelaki lain adalah Rayzam Shah Wan Sofian (110m lari berpagar);Adi Aliffuddin Hussin (lontar peluru); Muhammad Arif Zulhilmi Alet (400m) dan Harith Ammar Mohd Sobri menerusi acara pecut 100m dan 200m.

Lapan atlet wanita terpilih adalah Grace Wong Xiu Mei dan Casier Renne Kelly Lee (baling tukul besi); Siti Nur Afiqah Abdul Razak (400m); Yap Jeng Tzan (lempar cakera); Siti Nur Nadiah Osman (merejam lembing); Noor Amira Mohammad Nafiah (lompat jauh); Zaidatul Husniah Zulkifli (100m) serta Raja Nur Sheena Raja Azhar dalam acara 100m lari berpagar.

Dalam perkembangan berasingan, Karim berkata pihaknya tidak akan mencampuri siasatan polis berhubung isu pergaduhan atlet lempar cakera lelaki, Muhammad Irfan Shamsuddin dan atlet lompat tinggi, A. Kavee Alagan di asrama MSN, baru-baru ini.

Dua atlet berkenaan dilaporkan telah dibuang daripada asrama MSN selain turut dikeluarkan daripada program elit MSN ekoran terlibat dalam pergaduhan berkenaan.

"Mereka bagaimanapun masih berpeluang untuk merebut tempat ke Sukan SEA walaupun nama mereka sudah dikeluarkan daripada program elit MSN cuma mereka tidak dibenarkan berlatih di sini (MSN Bukit Jalil)," kata Karim.

Sementara itu, Pengarah Teknikal KOM Robert J. Ballard memberi amaran tidak seorang pun daripada 19 atlet itu diberi jaminan mendapat tempat secara automatik kerana beliau hanya akan memilih yang terbaik bagi mewakili negara ke temasya sukan dwitahunan itu.

"Kami memberi tumpuan kepada latihan intensif kepada para atlet kerana kami mahu melihat peningkatan berbanding Sukan SEA sebelum ini," kata bekas atlet Olimpik Australia.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan