Paralimpik 2016: Atlet Perlu Berada Di Ranking Ke-15

Diterbitkan: Sabtu, 3 Januari 2015 1:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet negara perlu berada dalam ranking 15 terbaik dunia bagi memastikan mereka layak secara merit ke temasya Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Pengarah Cawangan Paralimpik, Majlis Sukan Malaysia (MSN), Mohd Safrusahar Yusuf berkata setakat ini Malaysia sudah mempunyai 17 atlet yang berada dalam ranking 10 terbaik dunia.

"Mereka yang telah senarai pendek itu adalah antara pemegang pingat emas pada Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan yang terdiri daripada sukan olahraga, renang, powerlifting, dan berbasikal.

"Fokus kita sekarang adalah agar mereka terus perbaiki kedudukan ranking semasa dunia sebelum temasya itu berlangsung, ataupun sekadar terus mengekalkan ranking sedia ada sekarang," katanya di sini, Sabtu.

Katanya pihaknya telah merancang program pembangunan atlet bagi tahun ini bagi memastikan atlet-atlet paralimpik tidak tercicir untuk ke kelayakan Sukan Paralimpik 2016.

Sebagai rekod, skuad paralimpik negera membawa pulang sebutir pingat perak dan satu gangsa pada Sukan PAralimpik 2012 di London, masing-masing menerusi pemanah Hasihin Sanawi dan Muhammad Ziyad dalam acara melontar peluru.


Tags / Kata Kunci: Paralimpik

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan