Sorotan Sukan: Lebih Masalah Daripada Menang; Skuasy, Bola Sepak Pengubat

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

MASA berlalu terlalu pantas, 2014 bakal menutup tirainya sekaligus banyak mencatat suka duka dan lakaran sejarah dicipta dalam arena sukan tanah air.

Secara keseluruhannya, 2014 bukanlah tahun yang baik buat sukan di Malaysia. Bukan menidakkan pencapaian pelbagai pingat atau rekod baharu yang dicipta atlet-atlet negara di peringkat kebangsaan mahupun dunia, namun ianya masih belum mencukupi.

Tumpuan 2014 lebih tertumpu kepada dua  kejohanan besar, Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang menjadi medan atlet-atlet negara membuktikan segala penat lelah mahupun program yang dirancang ke atas atas mereka diuji. Ironinya, kedua-dua acara itu diletakkan sasaran pingat emas yang tidak sampai sepuluh pingat, namun sebaliknya berlaku.

Kepada siapa yang hendak dituding selepas semua sasaran tidak tercapai malah prestasi lebih buruk berbanding tahun sebelumnya. Contoh terdekat seperti Sukan Komanwel yang menyaksikan Malaysia berada di belakang negara jiran, Singapura dalam kedudukan keseluruhan buat kali pertama sejarah 84 tahun sukan yang diadakan empat tahun sekali ini dianjur.

Malah Sukan Asia turut merekodkan pencapaian terburuk kontinjen negara apabila hanya meriah lima emas daripada lapan yang disasarkan. Ia menyamai rekod ketika aksi di Bangkok pada tahun 1998. (Aksi terbaik pada tahun 2010 ketika di Guangzhou dengan sembilan emas).

Selain pencapaian yang menghampakan itu, dunia sukan tanah air juga dihidangkan dengan pelbagai kontroversi yang melanda beberapa persatuan sukan tanah air.

Bermula dengan kemelut sukan taekwando negara yang menyaksikan ‘selesai’ selepas hampir empat tahun perebutan kuasa pengurusan di antara  Persatuan Taekwando Malaysia (MTA) dan Taekwando Malaysia (TM).

Kini TM yang menguruskan badan induk sukan tersebut. Tidak ketinggalan juga, kemelut Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang digantung sementara gara-gara wujudnya kelemahan dalam tatacata pengurusan kewangan.

Ia bermula berikutan kegagalan skuad lebuh raya negara memenangi pingat emas ketika temasya Sukan SEA Myanmar 2013 biarpun menerima  peruntukan bernilai jutaan ringgit yang disalurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) setiap tahun.

Kegagalan itu menyebabkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengarahkan unit Audit Dalaman KBS menjalankan siasatan ke atas PKBM untuk mengetahui jumlah sebenar peruntukan tahunan yang disalurkan kepada badan induk itu dan perbelanjaan yang digunakan mereka untuk program skuad  lebuh raya negara.

Doping

Seterusnya, acara badminton yang dianggap sebagai sukan nombor dua selepas bola sepak, tetap sentiasa menjadi ‘menu’ utama sukan negara.

Bukan sahaja aksi pemain-pemain yang suam-suam kuku di peringkat dunia, malah berita kegagalan ujian doping terhadap jaguh no.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang kini masih lagi menunggu keputusan hukuman perbicaraan turut mengejutkan.

Malah pada sama, masalah pengurusan kejurulatihan turut menjadi perhatian apabila ia dikatakan penyebab aksi 'yoyo' pemain-pemain di Persatuan Badminton Malaysia (BAM).



Isu doping - antara topik hangat yang diperkatakan selepas beberapa atlet lain (selain Chong Wei) yang positif penggunaan bahan terlarang.

Antaranya, ikon sukan angkat berat Sukan Malaysia (Sukma) yang dinobatkan sebagai Olahragawati Jeline Empera dan Siti Fazera Ishak yan digantung selama dua tahun.

Dan turut mengejutkan peminat-peminat tanah air apabila pemenang pingat pertama negara pada Sukan Asia di Incheon, Tai Cheau Xuen yang digantung empat bulan oleh Persekutuan Wushu Antarabangsa kerana positif bahan terlarang.

Bola Sepak

Pun begitu, aksi hambar Sukan Komanwel, Sukan Asia atau isu doping diketepikan seketika kerana ‘demam bola sepak’ Piala AFF Suzuki yang berakhir baru-baru ini.

Sentuhan Dollah Salleh yang diberi mandat membimbing skuad Harimau Malaya bermula Jun lalu, memberi sedikit kelegaan biarpun pada mulanya dikritik mengenai prestasi hambar skuad di peringkat perlawanan antarabanga.

Pun begitu, kritikan tersebut menjadi rempah dalam resepinya ketika berdepan dengan aksi Piala AFF Suzuki tahun ini, sekaligus memperbaiki pencapaian terkandas di separuh akhir pada aksi 2012.

Sebelum itu sukan bola sepak juga menyaksikan gelombang baharu yang ditonjolkan oleh peminat-peminat bola sepak tempatan bukan sahaja terhadap bola sepak kebangsaan, malah kepada pasukan negeri atau kelab.

Namun sebaliknya berlaku apabila segelintir penyokong-penyokong ini mencemar dunia bola sepak ini dengan adegan ganas sehingga digelar ‘Hooligan’ atau samseng bola sepak.

Selain itu, tahun ini juga turut merekodkan pucuk pimpinan baharu, lebih-lebih lagi kerusi presiden selepas Sultan Ahmad Shah menarik diri daripada bertanding posisi yang dipegang sejak tahun 1984.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memenangi pertandingan dalam Kongres FAM dengan menewaskan pencabar tunggal, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Akhir sekali, dunia bola sepak tempatan bakal memberi cabaran baharu kepada pemain-pemain tempatan apabila FAM mengumumkan setiap pasukan boleh menggunakan empat pemain dalam saingan Liga Malaysia 2015.

Majlis Sukan Negara (MSN)

Kemuncak pimpinan Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berakhir tahun ini apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan Sea 2017. Beliau memegang jawatan ini sejak tahun 2007.

Manakala Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Ahmad Shapawi Ismail dilantik menggalas tugas utama di MSN.

Perlantikan bagi tempoh dua tahun itu dibuat mengikut Akta MSN 1971.

Ahmad Shapawi mempunyai pengalaman luas di MSN, sebelum dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) dan seterusnya dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan.

Beliau  memulakan kerjaya sebagai Pegawai Bahagian Latihan Atlet di MSN pada 1988, dengan jawatan tertinggi selaku Pengarah Bahagian Atlet pada 2007, yang membolehkannya terbabit secara langsung dalam Program Jaya ‘98, Gemilang 2001 dan Doha.

Datuk Nicol Ann David

Satu-satunya atlet negara yang memberi kegembiraan berpanjangan apabila masih mengekalkan status sebagai pemain no.1 dunia. Lebih menarik beliau menutup tirai penyertaannya dalam kejohanan peringkat antarabangsa tahun ini dengan meraih gelaran juara untuk kali kelapan.



Kemenangan beliau dalam Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Kaherah, Mesir Sabtu lepas menjadi pelengkap kepada kemenangan yang diraihnya pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia, selain dimahkotakan sebagai juara bagi enam kejohanan Jelajah Persatuan Skuasy Wanita (WSA) dan menerajui cabaran Malaysia untuk beraksi untuk julung kalinya di peringkat akhir Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia.

Tags / Kata Kunci: sorotan 2014

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan