Peninju Britain Beri Sokongan Kepada Mangsa Serangan Taliban Di Pakistan

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 8:32 AM

Amir Khan. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PENINJU Britain, Amir Khan menunaikan janjinya untuk terbang ke Pakistan bagi menunjukkan sokongan dan keprihantinannya terhadap mangsa serangan Taliban di sebuah sekolah di Peshawar pada 16 Disember lalu.

Bintang sukan itu sebelum ini mengumumkan mahu menunaikan janjinya sebelum tahun 2014 melabuhkan tirai.

Seramai 145 orang termasuk 132 kanak-kanak dibunuh oleh tujuh anggota Taliban pada minggu lalu.

Khan mengumumkan hasratnya itu di akaun rasmi Twitternya.

Menurut Khan, beliau dijangka berada di Pakistan dari 24 hingga 29 Disember.

Bintang muda berusia 28 tahun itu tiba di Pakistan pada malam sebelum Kristan dan disambut oleh pasukan polis tempatan.

Khan, yang mendermakan seluar pendek yang dipakainya dalam satu perlawanan ketika menentang peninju Amerika Syarikat (AS), Devon Alexander yang bernilai £30,000 (RM163,117.59) bagi mengumpul dana untuk membaik pulih sekolah yang terjejas teruk dalam serangan itu.

Beliau mengadakan sidang media di Islamabad sejurus selepas mendarat di Pakistan.

Khan sebelum ini menyuarakan hasratnya untuk pergi ke Pakistan: "Saya akan pergi ke Pakistan antara Krismas dan Tahun Baharu".

"Bercakap mengenai perkara ini boleh memberi ancaman kepada saya, tetapi saya hanya mahu bercakap yang benar dan memberitahu orang ramai bahawa apa yang telah berlaku itu adalah salah.

"Saya fikir adalah lebih penting sekarang untuk pergi ke sana (Pakistan) berbanding sebelum ini. Saya fikir ia akan menghantar mesej kepada ramai orang bahawa Amir Khan pergi ke sana untuk melakukan perubahan.

"Saya mahu ia menjadi negara yang lebih baik," katanya. - dailymail.co.uk

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan