PBJM Adakan Pemilihan Pemain Baharu Ke Sukan Sea 2015 - Sukan Ekstra | mStar

PBJM Adakan Pemilihan Pemain Baharu Ke Sukan Sea 2015

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 5:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 20 pemain bola jaring akan dipanggil menyertai kem latihan pusat yang dijangka bermula pada Januari sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA 2015 di Singapura.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) Mazidah Musa berkata pemilihan pemain adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria termasuk prestasi semasa pemain, pengalaman, kecergasan serta disiplin.

"Kita akan panggil 20 hingga 30 pemain yang telah dikenal pasti dalam beberapa kejohanan dan mereka yang pernah mewakili negara. 

"Pemain ini akan menjalani sesi latihan pusat fasa pertama bermula Januari dan akan dibimbing oleh jurulatih yang dipilih oleh PBJM. Senarai pemain dan jurulatih akan diumumkan dalam mesyuarat persatuan pada 28 Disember ini," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Mazidah berkata berikutan masa yang agak suntuk untuk menyertai sebarang kejohanan, skuad bola jaring kebangsaan akan menjalani latihan dengan beberapa pasukan luar sebagai pendedahan dan persediaan untuk temasya dwitahunan itu.

Acara bola jaring kembali dipertandingkan pada Sukan SEA 2015 yang akan berlangsung dari 5 hingga 16 Jun, selepas kali terakhir disenaraikan pada Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur. 

Tags / Kata Kunci: bola jaring , sukan sea 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan