KBS Belum Putuskan Calon Pesuruhjaya Sukan, Pengarah Sukan Berprestasi Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 9:24 PM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum memutuskan calon bagi mengisi kekosongan jawatan Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Pengarah Sukan Berprestasi Tinggi.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata Pesuruhjaya Sukan akan dipilih berdasarkan ciri-ciri yang akan dibincangkan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan akan diketahui pada awal Januari depan.

"Saya dah bincang dengan Ketua Setiausaha kementerian (Datuk Jamil Salleh) bahawa tidak ada pengambilan terbuka.

"Saya dan KSU akan bincang beberapa nama dan minta pandangan dengan MOM mengenai ciri-ciri calon sesuai untuk pegang jawatan itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, Khamis.

Selain itu, bagi jawatan Pengarah Sukan Berprestasi Tinggi pula, beliau berkata pihaknya juga masih belum membuat sebarang keputusan.

Katanya, buat masa ini, KBS masih belum berkesempatan untuk menemuduga calon-calon bagi mengisi jawatan berkenaan.

"Kami ada banyak calon asing yang berkelayakan tetapi kami tidak mempunyai masa untuk menemuduga, mungkin kami akan lakukannya tahun depan," katanya. 

Sementara itu, Khairy berkata pada mesyuarat hari ini turut membincangkan tentang persiapan bagi pengelolaan dan penganjuran Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur pada 2017.

Katanya, sebanyak 36 jenis sukan disenaraikan sebagai cadangan untuk dibawa kepada jawatankuasa induk Sukan SEA sebelum membuat pilihan terakhir bagi menghadapi temasya itu nanti.

Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan Sea 2017, katanya.
Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , KBS , MOM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan