Ahmad Shapawi Dilantik Ketua Pengarah MSN Baharu

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 5:19 PM

Ahmad Shapawi Ismail

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Ahmad Shapawi Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang baharu berkuat kuasa esok.

Pengumuman dibuat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selepas mesyuarat Lembaga Pengurus MSN, Khamis.

Pelantikan bagi tempoh dua tahun itu adalah seperti yang diperuntukkan dalam Akta MSN 1971.

Ahmad Shapawi mempunyai pengalaman luas di MSN sebelum menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara dan seterusnya dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Bahagian Latihan Atlet di MSN pada 1988 dengan jawatan tertinggi selaku pengarah bahagian atlet pada 2007 yang membolehkannya terbabit secara langsung dalam Program Jaya 98, Gemilang 2001 dan Doha 2006.

Jawatan Ketua Pengarah MSN sebelum ini disandang Datuk Seri Zolkples Embong selama tujuh tahun sejak 2007 dan beliau kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan Sea 2017.

Sebanyak 40 permohonan telah diterima bagi mengisi jawatan berkenaan dan daripada jumlah itu KBS menyenarai pendek lapan calon.

Antara yang tersenarai ialah Dr Hamdan Mohd Ali (pensyarah Universiti Malaya), Datuk Salim Parlan (bekas Timbalan Ketua Setiausaha Strategik KBS) dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Badminton Ireland, Richard Vaughan dari Wales.

Kekosongan jawatan Ketua Pengarah MSN diiklankan pada 4 November lalu di laman web rasmi Kementerian Belia dan Sukan bagi mencari pengganti Zolkples susulan prestasi hambar kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Komanwel Glasgow dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.

Kontinjen negara gagal mencapai sasaran pingat emas di kedua-dua temasya itu iaitu kurang satu daripada enam emas di Glasgow, manakala di Incheon, Malaysia sekadar mendapat lima emas daripada lapan yang disasar.



Tags / Kata Kunci: Ahmad Shapawi , MSN , Pesuruhjaya Sukan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan