Noor Amira Pecah Rekod Kebangsaan Sembilan Tahun

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 9:57 PM

Noor Amira Mohamad Nafiah.

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Atlet lompat jauh negara, Noor Amira Mohammad Nafiah meleburkan rekod kebangsaan berusia sembilan tahun pada Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17, di sini Isnin.

Meskipun sekadar meraih pingat gangsa pada acara itu, Noor Amira berjaya membuat lompatan sejauh 6.29m iaitu memperbaharui rekod sejak tahun 2005 yang dilakukan oleh Ngew Sin Mei dengan catatan 6.27m.

Pingat emas diraih oleh juara Sukan Asia, Natalia Londa Mar dari Indoneisa dengan lompatan sejauh 6.40m manakala Thi Thu Thao dari Vietnam meraih pingat perak dengan 6.29m.

Pelajar Universiti Putra Malaysia itu turut memegang rekod lompat kijang iaitu 13.90m yang dilakukan pada 2012.

"Sasaran saya tercapai iaitu memecah rekod kebangsaan yang dipegang oleh Ngew Sin Mei selama sembilan tahun. Sejak beberapa kejohanan sebelum ini saya hanya melakukan lompatan sejauh 6.16m sahaja...memang puas hati dapat buat rekod kebangsaan di sini," kata atlet berusia 25 tahun itu.

Noor Amira berkata, beliau mahu meninggalkan sementara acara utamanya iaitu lompat kijang kerana mahu memberi tumpuan kepada acara lompat jauh.

"Saya tidak boleh meneruskan dalam kategori lompat kijang kerana mengalami masalah tumit kaki yang retak, saya masih dalam proses pemulihan dari kecederaan itu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan