Ketua Pengarah MSN Baharu Diumum Khamis Ini

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 6:37 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

REMBAU: Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan Ketua Pengarah baharu Majlis Sukan Negara (MSN) pada Khamis ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pengumuman itu akan dibuat beliau selepas mesyuarat Lembaga Pengurus MSN.

"Saya akan maklumkan perkara ini terlebih dahulu kepada anggota Lembaga Pengurus MSN sebelum saya umumkan pelantikan Ketua Pengarah baharu MSN," katanya kepada pemberita selepas penyampaian hadiah 'The Rembau Challenge 2014'di sini, Ahad.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata beliau akan menemu duga lapan orang yang disenarai pendek bagi jawatan itu pada Isnin dan Selasa ini.

Beliau akan memaklumkan mengenai pemilihan ketua pengarah baharu itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu sebelum membuat pengumuman keesokannya.

Mengenai keraguan berhubung permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil, yang dikatakan tidak berkualiti untuk perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2014 Sabtu ini, Khairy berkata beliau telah meninjau stadium itu pada Jumaat lepas dan mendapati adanya peningkatan kekuatan pada akar rumput padang itu.

Namun, beberapa penjuru padang masih belum mempunyai tumbuhan rumput yang mencukupi dan perkara itu telah beliau maklumkan kepada Perbadanan Stadium Malaysia.

Menurutnya Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Datuk Azzuddin Ahmad dan Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin membuat tinjuan padang  Stadium Nasional Bukit Jalil semalam dan berpuas hati dengan keadaannya. 

Mengenai imbuhan jika Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2014, beliau berkata para pemain pasti diberi imbuhan.

"Tetapi jangan kerana imbuhan, pemain kita nak menang. Pemain kita mesti menang ebab mahu bawa kebanggaan kepada negara," katanya sambil menyatakan keyakinan beliau terhadap jurulatih Dollah Salleh dan pasukannya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan