Edisi Ke-50 Jelajah Malaysia Berlangsung Secara Sederhana

Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2014 7:55 PM

Naim menunjukkan lokasi laluan Jelajah Malaysia yang bermula dari 13 hingga 17 Disember ini pada sidang media mengenai program itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Khamis. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjuran edisi ke-50 perlumbaan berbasikal Jelajah Malaysia (JM) yang menarik penyertaan 15 pasukan akan diadakan secara sederhana, kata Ketua Pegawai Operasi JM, Datuk Naim Mohamad.

Walaupun, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berdepan dengan masalah penggantungan oleh Persuruhjaya Sukan, namun perlumbaan JM perlu diteruskan, katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, atas peruntukan RM1 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi membolehkan perlumbaan jelajah tertua negara itu dapat dijalankan.

"Yang penting bagi saya, perlumbaan ini tidak terhenti begitu sahaja," katanya, yang juga Timbalan Presiden PKBM, pada sidang media mengenai laluan perlumbaan JM, di sini Khamis.

Katanya, pihaknya mengalu-alukan sekiranya ada pihak atau syarikat swasta yang ingin menganjurkan perlumbaan JM pada edisi yang akan datang dengan PKBM akan memberi bantuan teknikal dan mengiktiraf perlumbaan itu.

Perlumbaan JM, yang bermula Sabtu ini, melibatkan sebanyak 15 pasukan termasuk tujuh pasukan dan kelab dari Malaysia.

Perlumbaan lima peringkat sejauh 773.5km itu melibatkan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Peringkat ketiga perlumbaan dari Dataran Nilai, Negeri Sembilan ke Alor Gajah, Melaka menjadi laluan terpanjang iaitu sejauh 171.10km.

"Laluan perlumbaan bukan sahaja melibatkan laluan landai tetapi juga laluan berbukit. Kombinasi laluan ini akan memberi cabaran tersendiri kepada pelumba-pelumba," katanya.

Mengenai peluang pelumba negara, Naim berharap mereka akan memanfaatkan perlumbaan memandangkan laluan yang dipilih adalah laluan yang biasa ditempuhi oleh pelumba baik semasa latihan atau lain-lain perlumbaan.

"Saya juga berharap kelebihan ini akan membolehkan seorang lagi pelumba tempatan akan dinobatkan sebagai pelumba terbaik keseluruhan seperti mana yang dilakukan Loh Sea Keong pada edisi tahun lepas," kata Naim.

Pada edisi tahun lepas, Sea Keong selain berjaya menyarung jersi kuning selaku juara keseluruhan, jersi Biru selaku pelumba terbaik Asia dan jersi Putih selaku pelumba terbaik Malaysia.

PERLUMBAAN JELAJAH MALAYSIA 2014:

Peringkat 1: Seremban 2 ke Port Dickson (150.3km)

Peringkat 2: Dataran Nilai ke Bandar Seri Jempol (154.5km)

Peringkat 3: Dataran Nilai ke Alor Gajah, Melaka (171.1km)

Peringkat 4: Seremban ke Dataran Putrajaya (147.3km)

Peringkat 5: Kuala Klawang ke Kuala Klawang (150.3km)

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan