Galven, Nur Eliana Mucul Juara Cabaran Golf TSM 2014

Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2014 9:29 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar bersama pemenang kategori wanita Nur Eliana Ariffin dan pemenang kategori lelaki Galven Kendall Green (kanan) selepas menyampaikan piala Kejohanan Golf Amatur Bawah 21 tahun Proton-Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSM) Challenge 2014, di Glenmarie Golf And Country Club di sini hari ini. --fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Galven Kendall Green mencipta kemenangan pertama dalam kategeori lelaki bawah 21 tahun pada Cabaran Golf Proton-Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) 2014 di Glenmarie Golf and Country Club, di sini, Ahad.

Pemain berusia 15 tahun dan memiliki handikap sifar itu mencatatkan pukulan lima atas 77 pada pusingan akhir, sekali gus mengakhiri kejohanan empat hari itu dengan catatan keseluruhan 290 pukulan.

Berikutan kejayaan tersebut, Galven mempunyai peluang untuk dipertimbangkan bagi mewakili negara pada temasya Sukan Olimpik 2016 Rio Je Janeiro, Brazil apabila sukan itu menjadi acara pingat buat pertama kali dalam tempoh 112 tahun.
 
"Saya gembira untuk menyatakan bahawa ini adalah pertama kali saya menjuarai kejohanan ini," katanya kepada pemberita selepas menerima hadiah biasiswa dan trofi daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga pengasas serta penaung Yayasan Golf Amal TSM.

Sementara itu, kategotri wanita pula menyaksikan pemain berusia 17 tahun, Nur Eliana Ariffin turut merangkul kejuaraan pertama selepas mencatatkan lima atas 77 pada pusingan akhir, sekali gus mengumpul catatan 300 pukulan keseluruhan.
 
Nur Eliana, yang menduduki tempat ketiga pada edisi tahun lepas, berkata beliau tida menjangka dapat memenangi kejohanan itu kerana saingan yang hebat.

Beliau turut berjaya melakukan pukulan selubang (hole-in-one) pada lubang ke-12 dalam kejohanan itu dan memenangi sebuah motosikal Modenas.

Galven dan Nur Eliana masing-masing MENERIMA biasiswa Yayasan Golf Amal TSM bernilai RM$50,000 dan RM$40,000 untuk mengikuti latihan di akademi golf yang diiktiraf serta pendedahan di pelbagai kejohanan.

Kejohanan tahunan itu dijanjurkan oleh Yaysan Golf Amal TSM dengan tujuan mencungkil dan melatih pemain bawah 21 tahun dengan handikap bawah 12.

Sebanyak 80 pemain dipilih untuk kejohanan ini berdasarkan mata merit dan kedudukan Ranking Golf Amatur Dunia (WARG).
Tags / Kata Kunci: Golf , TSM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan