Tiga Kelab Golf Bida Hos Terbuka Malaysia 2016

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 9:57 PM

Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor (tiga, kanan) bersama Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor (dua, kiri) pada two,left) semasa sesi bergambar dengan trofi Kejohanan Maybank Terbuka Malaysia 2015 di Kuala Lumpur, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga kelab golf utama di Lembah Klang sedang membida untuk menjadi tuan rumah kejohanan berprestij, Terbuka Malaysia, pada edisi 2016, menurut Persatuan Golf Malaysia (MGA) pada Khamis.

MGA merancang untuk memindahkan acara itu ke venue lain pada 2016 selepas Kelab Golf dan Country Kuala Lumpur (KLGCC) menjadi tuan rumah dari tahun 2010 hingga 2015.

Presiden MGA, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, tiga kelab yang membida kejohanan itu ialah Kelab Golf dan Country Kota Permai (KPGCC) di Kota Kemuning, Shah Alam, Kelab Golf dan Country Saujana (SGCC) di Shah Alam dan Kelab Diraja Selangor (RSG) di sini.

"Ketiga-ketiga kelab ini pernah menjadi hos kejohanan ini sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis mengumumkan penyertaan dua bintang Piala Ryder Eropah, Graeme McDowell dan Paul McGinley, untuk Kejohanan Maybank Terbuka Malaysia 2015 di sini Khamis.

SGCC menjadi hos sebanyak enam kali iaitu pada 2001, 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2009 manakala KPGCC pada 2008 serta RSG kali terakhir pada 2002.

Selain tiga kelab itu, kejohanan tahunan itu pernah diadakan antara lain di Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Golf Templer Park dan kelab The Mines Resort.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan