Tunku Abdul Jalil Menang Anugerah Pembangunan Presiden ISAF

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 8:29 PM

Tunku Abdul Jalil menunjukkan plak khas dan sijil yang diterima sebagai anugerah "International Sailing Federation (ISAF) President Development Award 2014" ketika ditemui di Wad Diraja Hospital Sultan Aminah, Johor Baharu pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: “Ha ha”. Demikian ungkapan yang terkeluar dari mulut Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim setelah membaca mesej yang menyatakan beliau memenangi Anugerah Kemajuan Presiden Persekutuan Kapal Layar Antarabangsa (ISAF).

Bagaimanapun, apabila ayahanda beliau, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sendiri memaklumkan berita itu kepadanya, barulah beliau percaya ia bukan suatu gurauan.

“Pada mulanya saya sangka itu hanya gurauan kerana ia adalah anugerah eksklusif yang belum pernah diterima mana-mana warga Asia atau rakyat Malaysia,"katanya kepada pemberita di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah Hospital pada Isnin.

Awal hari ini, putera raja berusia 24 tahun itu menerima anugerah itu di Istana Bukit Serene daripada naib presiden ISAF Adrienne Greenwood, yang terbang dari New Zealand bersama pengarah eksekutif Alpari World Match RacingTour James Pleasance.

Anugerah itu diberi sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Tunku Abdul Jalil dalam memajukan sukan kapal layar di Malaysia.

Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim menerima anugerah "International Sailing Federation (ISAF) President Development Award 2014" yang disampaikan oleh Naib Presiden ISAF Adrienne Greenwood (tengah) di Istana Bukit Serene pada Isnin. 

Tunku Abdul Jalil memainkan peranan penting dalam membangunkan sukan itu,terutama melalui program Liga Layar Malaysia (LLM) dan program Belia Belayar pada 2013, yang memberi peluang kepada beribu-ribu orang dari seluruh negara belajar tentang pelayaran dan memperoleh pengalaman dalam sukan kapal layar. 


Kedua-dua program itu mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Kapal Layar Malaysia (MYA). 

LLM melibatkan lapan lokasi di seluruh negara iaitu Langkawi, Kedah; Lumut,Perak; Pulau Indah dan Pelabuhan Klang, Selangor; Putrajaya; Port Dickson,Negeri Sembilan; Pulau Duyong, Terengganu dan Danga Bay, Johor.

Belia Belayar pula dianjurkan khusus untuk belia dan diadakan seiring dengan LLM. Setakat ini, program berkenaan memperkenalkan 4,600 pelajar kepada sukan itu.

"Saya tidak mungkin dapat melakukannya tanpa pasukan saya. Merekalah yang bekerja keras bagi pihak saya apabila saya tidak sihat," kata Tunku Abdul Jalil, yang dirawat di hospital itu sejak akhir Mei kerana penyakit yang tidakdinyatakan.

Beliau adalah pengerusi syarikat kapal layar Innovatige Sdn Bhd, yang menganjurkan perlumbaan Piala Monsun, acara akhir Alpari Match Racing Tour.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan