Pandalela Terbabit Kemalangan, Tidak Alami Kecederaan - Sukan Ekstra | mStar

Pandalela Terbabit Kemalangan, Tidak Alami Kecederaan

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 2:21 PM

Pandelela Rinong

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerjun negara Pandelela Rinong terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di Jalan Mahameru awal pagi Isnin.

Walau bagaimanapun, polis mengesahkan beliau terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Markandan Subramaniam berkata pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu sedang memandu sendirian ke arah Bukit Jalil dari pusat bandar apabila beliau terpaksa mengelak daripada sebuah kereta lain yang memasuki lorongnya.

Pandelela hilang kawalan kereta putih beliau, Chevrolet Sonic yang menghentam pembahagi jalan logam.

"Hentaman ini menyebabkan dia melencong ke kiri dan sebahagian daripada keretanya terbabas ke dalam longkang di tepi jalan.

Dia tidak mengalami sebarang kecederaan, " kata Markandan, sambil menambah kereta itu melanggar papan tanda jalan sebelum masuk ke dalam longkang.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan