Soh Raih Tiket Piala Monsun Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 8:20 PM

Maximillian Soh.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Juara Sukan Asia 2014, Maximillian Soh dari Singapura, mengesahkan slot ke Piala Monsun Malaysia di Danga Bay, Johor, Februari depan selepas muncul juara Piala Monsun Terengganu 2014 di Pulau Duyong di sini, Sabtu.

Jurumudi pasukan Red Dot itu menewaskan jurumudi Perancis, Arthur Herreman daripada pasukan 'Match the World' 2-0 pada perlumbaan penentuan.

Kemenangan tersebut membolehkan Soh dan empat kru pasukan membawa pulang hadiah wang tunai US$10,000 (RM33,500) serta trofi kejohanan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Herreman pula terpaksa berpuas hati dengan meraih US$8,000 (RM26,800) manakala tempat ketiga membawa pulang wang US$5,000 (RM16,750).

Bagi penentuan tempat ketiga, jurumudi berpengalaman dari Australia, Sam Gilmour, yang mengemudi pasukan Neptune, tewas mengejut 2-1 kepada pelayar bukan pilihan Matthew Jerwood dari pasukan Redline Racing dari Australia.

Sementara itu, juara Piala Monsun Terengganu, Soh, menyifatkan kemenangan sulung dalam penyertaan pertama ini serta kejayaan pada Sukan Asia Incheon, Korea Selatan, melengkapkan musim ini dengan baik.
 
"Kejayaan paling manis apabila dapat menyingkirkan Gilmour," kata pelayar berusia 26 tahun itu.

Dalam pada itu, dua peserta negara, Jeremy Khoo daripada pasukan Sime Darby Foundation dan Hazwan Dermawan (1Malaysia Match Racing) masing-masing menamatkan perlumbaan di tangga kelima dan ketujuh daripada lapan pasukan bertanding.

Format kejohanan kapal layar antarabangsa Piala Monsun diubah mulai tahun ini dengan peringkat pertama dikenali sebagai Piala Monsun Terengganu di Pulau Duyong, Terengganu, mulai 19 Nov dan berakhir hari ini.

Perlumbaan tersebut melibatkan pelayar utama dari Asia Pasifik memburu tempat ke kejohanan utama dikenali sebagai Piala Monsun Malaysia di Johor dari 10 hingga 14 Feb 2015.

Malaysia sebagai satu-satunya destinasi jelajah dunia siri Jelajah Dunia Match Racing Alpari (AWMRT), dua venue iaitu Terengganu dan Johor akan menambah tarikan kepada kejohanan ini.

Tags / Kata Kunci: Piala Monsun , Maximillian Soh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan