Bird Juarai e-Prix Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 5:46 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua,kanan) menyampaikan trofi tempat pertama kepada pelumba pasukan Virgin Racing Formula E team, Sam Bird (tengah) di Perlumbaan Formula E 2014 di Dataran Putrajaya pada Sabtu. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemandu Britain, Sam Bird menjuarai perlumbaan pusingan kedua Kejohanan FIA Formula 2014/2015, ePrix Putrajaya, di sini hari ini.

Pemandu pasukan Virgin Racing itu mencatatkan masa 51 minit dan 11.979 saat untuk menamatkan perlumbaan 31 pusingan dengan jarak keseluruhan 79.4km di trek jalanan Putrajaya di sini.

Bird menerima trofi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga melepaskan pelumba sebelum itu.

 
"Akhirnya ini adalah trek yang mencabar. Bagaimanapun, saya gembira kerana semuanya berjalan lancar untuk pasukan dan saya juga berjaya mengelak kesilapan dari mula hingga akhir perlumbaan," kata Bird yang memulakan saingan daripada petak kedua perlumbaan.

Tempat kedua disandang oleh Lucas di Grassi daripada pasukan Audi Sport ABT dengan ketinggalan 4.175s.
 
"Trek ini amat mengelirukan untuk memandu dan semua pemandu memberi saingan sehingga tahap maksimum masing-masing. Sekiranya membuat kesilapan kecil ia boleh mengundang padah. Pasukan saya melakukan kerja yang hebat untuk menyediakan kereta yang baik sekali," kata pemandu Brazil itu yang merangkul kejuaraan pada pusingan pertama di Bejing, 13 September lepas.

Pemandu berusia 30 tahun itu, yang memulakan saingan dari petak kesembilan, berkata beliau mengelak kemalangan.

Tempat ketiga dimenangi oleh pemandu Switzerland, Sebastien Beumi daripada pasukan e.dams Renault dengan masa 51:17.718s manakala pemenang petak utama, Oriol Serva dari Sepanyol hanya mampu menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh dengan masa 51:30.600s.

Selepas Putrajaya, pusingan ketiga akan berlangsung di Punta del Esta, Uruguay pada 13 Dis ini.

Kejohanan 10 pusingan itu akan berakhir di London pada Jun tahun depan membabitkan 10 pasukan dan 20 pemandu.


Berikut keputusan pusingan kedua Kejohanan FIA Formula E 2014 pada ePrix Putrajaya di sini, Sabtu:

31 pusingan (79.4km):

1. Sam Bird (GBR) Virgin Racing - 51:11.979s

2. Lucas di Grassi (BRA) Audi Sport ABT - 51:16.154s

3. Sebastien Buemi (SUI) e.dams Renault - 51:17.718s

4. Nicolas Prost (FRA) e.dams-Renault - 51:21.531s

5. Jerome d'Ambrosio (BEL) Dragon Racing - 51:25.701s

6. Karun Chandhok (IND) Mahindra Racing - 51:29.137s

7. Oriol Servia (ESP) Dragon Racing - 51:30.600s

8. Antonio Felix da Costa (PRT) Amlin Aguri - 51:31.905s

9. Jaime Alguersuari (ESP) Virgin Racing - 51:32.032s

10. Daniel Abt (DEU) Audi Sport ABT - 51:57.642s

11. Ho-Pin Tung (CHN) China Racing - 52:07.812s

12. Stephane Sarrazin (FRA) Venturi - 52:08.605s

13. Matthew Brabham (USA) Andretti Autosport - 52:17.015s

14. Bruno Senna (BRA) Mahindra Racing - 49:51.332s

15. Franck Montagny (FRA) Andretti Autosport - 52:19.625s

16. Katherine Legge (GBR) Amlin Aguri - 51:45.561s

17. Jarno Trulli (ITA) Trulli - 52:30.219s

Tidak diklasifikasikan:

Nelson Piquat JR (BRA) China Racing - (22 pusingan)

Nick Heidfeld (DEU) Venturi - (14)

Michela Cerruti (ITA) Trulli - (7)

Tags / Kata Kunci: Sam Bird , Formula E

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan