KLHC Bukti Pasukan Kebal Rekod Tanpa Kalah

Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 11:59 PM

Pemain KLHC, Fareed Ahmad (kanan) mengawal bola daripada pemain pasukan Maybank, Mohd Riduan Mohamad Nasir pada aksi Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki Bukit Jalil pada Jumaat malam. -foto FAIHAN GHANI/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) membuktikan bahawa mereka pasukan kebal apabila terus mengekalkan rekod tanpa kalah dan kekal di kedudukan teratas saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2014 selepas mengalahkan Maybank 5-1 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat malam.

Juara bertahan itu kini mengumpul 21 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Skuad kendalian bekas jurulatih negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu membuka jaringan seawal minit kesembilan menerusi gol padang yang dihasilkan Harvinder Singh.

Empat lagi gol KLHC dijaringkan Muhammad Imran pada minit ke-11, Muhammad Razie Rahim (minit ke-22), Muhammad Rashid Baharom (minit ke-34) dan Mohd Syamim Mohd Yusof (minit ke-50).

Manakala gol tunggal Maybank disumbangkan oleh Shakeel Abassi pada minit ke-35.

Dalam satu lagi aksi di venue yang sama, pasukan UniKL dan Sapura sekadar meraih satu mata selepas terikat 3-3.

Tiga gol pasukan Sapura dijaringkan Faridzul Afiq Mohd pada minit kelima, Dangerous Lee Matthew pada minit ke-52) dan Khasif Ali (minit ke-57), manakala tiga gol UniKL disumbangkan Mohamad Ashran Hamsani pada minit kesembilan dan Mohd Nor Aqmal Abdul Gaffar pada minit ke-15 dan minit ke-60.

Sementara itu di Terengganu, pasukan berstatus bintang Terengganu Hockey Team (THT) mengekalkan kedudukan di tangga kedua selepas melakar kemenangan selesa 4-2 ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Stadium Hoki Kuala Terengganu.

Pasukan tuan rumah bermula garang apabila Tengku Ahmad Jajuddin Tengku Abdul Jalil membuka jaringan menerusi gol padang seawal minit keenam sebelum TNB menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan Muhammad Azammi Adabi pada minit ke-10.

Skuad bimbingan Sarjit Singh ini kembali bangkit menambah dua jaringan menerusi Mohd Fitri Saari dan Muhammad Firhan Ashaari masing-masing pada minit ke-22 dan minit ke-39 sebelum Tengku Ahmad Jajuddin menjaringkan gol keempat pada minit ke-55.

Gol padang TNB yang dihasilkan Muhammad Azammi pada minit ke-59 gagal mengubah kedudukkan apabila pasukan tuan rumah menamatkan perlawanan dengan kemenangan 4-2.

Tags / Kata Kunci: Liga Hoki Malaysia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan