KBS Putuskan Baik Pulih Padang Stadium Nasional Bukit Jalil

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 11:19 PM

khairy

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memutuskan untuk membaik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil susulan kerosakan yang berlaku selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 1 November lepas.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mempunyai masa kira-kira sebulan untuk membaik pulih padang stadium berkenaan jika Harimau Malaya layak ke pusingan seterusnya Piala AFF Suzuki 2014.

"Buat masa ini pengurusan stadium maklumkan tiada keperluan (tukar padang baharu). Mereka nak tengok kalau boleh pulihkan (padang) sedia ada," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Belia Kebangsaan Sri Murugan
Centre di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya di sini, Ahad.

Tahun lepas, Khairy mengarahkan Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup selepas aduan bahawa keadaan padang di stadium berkenaan tidak sesuai sehingga memaksa perlawanan persahabatan antara Barcelona FC dan Malaysia ditukar ke Stadium Shah Alam pada saat-saat akhir.

Penukaran rumput di stadium itu sebelum ini menelan belanja RM1.5 juta dan kementeriannya mencuba dua jenis rumput iaitu rumput jenis 'Cow Grass' dan 'Bermuda Green Mountain'.

Dalam pada itu, Khairy berkata penyelenggaraan rumput di stadium berkenaan merupakan cabaran besar bagi KBS serta PSM kerana beberapa faktor, antaranya melibatkan reka bentuk stadium, aliran angin dan kedudukan stadium berkenaan
yang berada di bawah paras laut.

"Waktu ataupun tempoh masa, yang padang secara keseluruhannya mendapat cahaya matahari hanya dua jam sahaja sehari. Ia menyebabkan padang itu sentiasa lembab dan basah.

"Berikutan itu, Perbadanan Stadium Malaysia akan menambah tiga lagi lampu 'sunlight' dengan peruntukan daripada perbadanan itu sendiri, yang melibatkan kira-kira RM900,000 bagi mengatasi masalah itu," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan