Liga Hoki: KLHC Calar Rekod Bersih THT

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 9:06 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) meleburkan rekod tanpa kalah Pasukan Hoki Terengganu (THT) dengan kemenangan tipis 2-1 dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini,Ahad malam.

Kapten M.Razie Abd Rahim menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-45, sekali gus membantu KLHC mempertahankan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan.

Dalam perlawanan seimbang itu, THT terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-26 menerusi pemain import Korea Selatan, Kang Moon Kweon, yang bijak menyempurnakan jaringan padang.

KLHC kemudian bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-33 menerusi jaringan padang Mohd Syamim Mohd Yusof apabila memanfaatkan peluang hasil kesilapan pertahanan THT yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan pintu gol.

KLHC kini berkongsi sembilan mata bersama THT, namun skuad kendalian Muhammad Dharmaa Raj itu masih kurang satu perlawanan apabila perlawanan menentang Sapura Jumaat lepas, terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan itu dijangka diadakan semula pada hari Selasa atau Rabu ini. 

Sementara itu dalam perlawanan lain, Maybank dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkongsi mata apabila seri 1-1. UniKL, yang kalah tiga perlawanan sebelum ini, membuka jaringan pada minit ke-39 menerusi pemain import, Phillipp Star.

Tersentak dengan gol padang itu, Maybank bangkit melancarkan serangan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-45 menerusi jaringan padang pemain import, Patrick Schultz.

Dalam satu lagi saingan liga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan kemenangan kedua dalam empat perlawanan apabila menewaskan Sapura 1-0 menerusi jaringan sudut penalti oleh Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-26.

TNB kini berada di tangga ketiga liga dengan mengumpul enam mata selepas empat perlawanan manakala Sapura mengumpul empat mata untuk menghuni tangga keempat daripada enam pasukan yang bersaing dalam liga.

Tags / Kata Kunci: Liga Hoki Malaysia

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan