Istaf 2014: Malaysia Tempoh Slot Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 11:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw negara mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir Kejohanan Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2014 di Nay Pyi Taw, Myanmar.

Kemenangan selesa 2-0 yang dicatatkan skuad negara ke atas Singapura dan Korea Selatan di Stadium Tertutup Wunna Theikdi pada Jumaat menyaksikan mereka mengekalkan kemenangan bersih tiga perlawanan kumpulan A bagi meraih enam mata.

Skuad kendalian Najib Iman mengalahkan Jepun 2-0 pada aksi pembukaan pada Khamis.

Singapura, walaupun tewas, tetap layak ke separuh akhir susulan kemenangan 2-0 yang dilakar ke atas Jepun dan Korea Selatan pada dua aksi terdahulu.

Pada aksi hari ini (Jumaat), regu negara yang dibarisi Mohd Syahir Mohd Rosdi (tekong), Mohd Syazreen Qamar Salehan (pengumpan) dan Khairol Zaman Hamir Akhbar (perejam) tidak berdepan masalah untuk menundukkan trio Singapura yang dianggotai oleh Mohamed Farhan Amran, Muhammad Adam Jaafar, Afif Safiee dengan kemenangan 21-17 dan 21-6 pada sesi pagi.

Regu berkenaan terus mempamerkan rentak cemerlang selepas menundukkan trio Korea Selatan yang dibarisi Kim Jung Sik, Wi Seong Uk dan Jo Wan Hyeung menerusi keputusan 21-10 dan 21-10 pada sesi petang.

"Kami bermain baik pada kedua-dua perlawanan tetapi perlu lebih konsisten dalam servis dan juga bola pertama.

"Mohd Syahir telah mendapat keyakinan daripada satu perlawanan ke perlawanan yang lain. Saya berharap beliau boleh memberi inspirasi kepada rakan sepasukan pada aksi separuh akhir," Najib dipetik sebagai berkata menerusi laman sesawang Istaf;www.sepaktakraw.org.

Juara bertahan dan pilihan utama kejohanan, Thailand pula menepati ramalan ke separuh akhir selepas mengalahkan tuan rumah, Myanmar dan China dengan kemenangan 2-0 pada aksi kedua dan ketiga kumpulan B.

Skuad negara 'Gajah Perang' itu sebelum ini menang 2-0 (21-10,21-14) ke atas Indonesia pada aksi sulung mereka pada Khamis.

Myanmar mara ke peringkat separuh akhir selepas menang tipis 2-1 ke atas Indonesia pada aksi terakhir kumpulan itu.

Dalam pada itu, skuad wanita negara mempamerkan aksi hambar selepas kalah 0-2 kedua-dua perlawanan kumpulan A menentang Indonesia dan Vietnam, sekaligus menyaksikan mereka hanya beraksi pada perlawanan penentuan kelima dan keenam. 

Kejohanan Siri Super Istaf, yang diperkenalkan pada 2011, akan diteruskan pada tiga lagi pusingan iaitu di Korea Selatan, Indonesia dan Filipina namun Istaf masih belum menetapkan tarikh sesuai bagi setiap pusingan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Istaf 2014 , Malaysia , separuh akhir

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan