Peruntukan Kepada Persatuan Sukan Dikaji - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 1:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan akan membuat kajian terperinci berhubung peruntukan kepada semua persatuan sukan tempatan bagi menghadapi temasya utama dalam tempoh empat tahun akan datang. 

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata peruntukan itu perlu diberi keutamaan bagi menghadapi Sukan Olimpik 2016, Sukan Asia dan Sukan Komanwel, kedua-duanya pada 2018 selain Sukan SEA 2015 dan 2017.

"Segala keputusan mengenai peruntukan ini berdasarkan prestasi dan hala tuju yang dibentangkan oleh setiap persatuan sukan.

"Saya tidak boleh bagi jaminan setiap sukan akan dapat pendedahan dan peruntukan yang sama kerana semua itu tertakluk kepada kajian yang akan dibuat oleh Institut Sukan Australia bermula bulan depan," katanya.

Mengulas prestasi atlet pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Khairy berkata acara sukan seperti sepak takraw paling mengecewakan kerana mempamer prestasi merosot pada temasya itu.

Khairy turut menamakan sukan lain seperti badminton dan berbasikal acara trek yang tidak mencapai sasaran ditetapkan.

"Badminton dan berbasikal meraih pingat tetapi warna pingat (pingat emas) yang kita sasarkan tidak tercapai," katanya.

Selain itu, Khairy berkata sukan memanah, karate, pelayaran dan menembak merupakan sukan yang menunjukkan prestasi cemerlang di Incheon. 

Kontinjen negara gagal mencapai sasaran lapan pingat emas apabila sekadar meraih lima emas, 14 perak dan 14 gangsa di Sukan Asia 2014, yang berakhir awal bulan ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan