Duclos Ganti Julian Winn Sebagai Jurulatih TSG

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 8:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sebastien Duclos telah dilantik sebagai jurulatih baharu bagi pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) bagi menghadapi musim 2015.

Jurulatih dari Itali itu menggantkan Julian Winn yang telah kembali ke England selepas perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL), Mac lepas.

Selain itu, Danny Seng dilantik sebagai pengurus pasukan bagi menggantikan Fazin Saad, kata Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus.

Beliau berkata pasukan TSG itu kini diletakkan di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).

"Pelantikan pengurusan baharu itu dibuat oleh kerajaan negeri pada awal bulan lepas bagi merealisasikan beberapa impian bagi tahun depan," katanya.

Beliau berkata sasaran TSG tahun depan ialah untuk menjadi pasukan terbaik di Asia serta mencapai kejayaan yang lebih gemilang dalam perlumbaan LTdL.

Bagi menghadapi musim 2015, katanya, TSG mendapat penajaan bernilai hampir RM2 juta daripada beberapa syarikat dari dalam dan luar negara.

Tags / Kata Kunci: Sebastien Duclos , TSG

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan