Malaysia Raih Emas Tunggal Hari Terakhir Grand Prix Fina 2014

Diterbitkan: Ahad, 26 Oktober 2014 10:15 PM

JUARA... Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee menunjukkan pingat emas yang dimenangi pada Kejohanan Terjun Grand Prix Persekutuan Renang Antarabangsa (Fina) 2014 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil pada Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad terjun negara menamatkan cabaran pada hari terakhir Kejohanan Terjun Grand Prix Persekutuan Renang Antarabangsa (Fina) 2014 dengan kutipan satu emas di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil di sini, Ahad.

Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee menyumbang emas tunggal itu menerusi acara 3m papan anjal seirama wanita dengan catatan 274.41 mata.

Seorang lagi gandingan negara, Jasmine Lai Pui Yee dan Kam Ling Kar meraih perak dengan pungutan 267.51 mata manakala wakil Amerika Syarikat, Deidre Freeman dan Maren Taylor sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa selepas mencatat 259.80 mata.

Nur Dhabitah yang kemudian bergandingan bersama Loh Zhiayi dalam acara 10m platform seirama wanita, hanya mampu menyumbang pingat gangsa selepas mengumpul 293.67 mata.

Gandingan dari China, Ji Siyu dan Si Yajie memenangi acara itu dengan catatan 332.70 mata manakala seorang lagi pasangan negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong meraih perak dengan catatan 327.84 mata.

Penerjun elit negara, Ooi Tze Liang pula sekadar meraih pingat gangsa dalam acara 10m platform individu lelaki menerusi kutipan 448.60 mata manakala seorang lagi wakil negara, Chew Yi Wei menduduki tangga kelima daripada enam peserta bersaing selepas mengumpul 397.35 mata.

Huo Liang meneruskan dominasi China selaku kuasa terjun dunia dengan kutipan pingat emas kedua untuk negara 'Tembok Besar' itu menerusi catatan 532.30 mata.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyampaikan pingat kepada para pemenang.

Nur Dhabitah yang ditemui pemberita selepas itu, mendedikasikan kemenangannya kepada ibu serta bapanya, Fazidah Jaafar dan Sabri Hashim yang turut hadir memberikan sokongan kepadanya.

"Saya bagaimanapun agak sedikit kecewa kerana gagal memungut jumlah mata yang agak baik dalam acara 3m papan anjal seirama itu kerana melakukan kesilapan pada pusingan awal terjunan," kata pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu.

Sebanyak sembilan negara menyertai kejohanan kelolaan FINA sejak Jumaat lepas, iaitu Georgia, Cuba, China, Amerika Syarikat, Hong Kong, Kanada, Australia, Colombia dan Malaysia selaku tuan rumah pusingan terakhir.

Kejohanan itu diadakan sebanyak lapan pusingan bermula di Madrid, Sepanyol pada Januari; Rostock, Jerman (Februari); Gatineau, Kanada; San Juan, Puerto Rico dan Guanajuato, Mexico (ketiga-ketiga pada Mei).

Bandar Bolzano di Itali menjadi tuan rumah pusingan keenam pada Ogos, diikuti Singapura dan Malaysia pada Oktober.

Tags / Kata Kunci: Nur Dhabitah Sabri , Ng Yan Yee

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan