Sukan Para Asia Incheon Tutup Tirai

Diterbitkan: Sabtu, 25 Oktober 2014 8:17 AM

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Temasya Sukan Para Asia Incheon yang berlangsung selama tujuh hari, akhirnya menutupkan tirainya dengan penuh warna-warni di Stadium Munhak, Korea Selatan, di sini, JUmaat.

Majlis penutup itu sekali gus mengumumkan temasya itu seterusnya akan berlangsung di Jakarta pada 2018.

Slogan 'Annyeonghi Gyeseyo' (Selamat Tinggal) Incheon 2014 dan Jumpa Lagi di Jakarta pada 2018', bergema pada akhir temasya, malam Jumaat.

Pada majlis penutup itu juga, obor Sukan Para Asia 2014 dipadamkan secara perlahan-lahan bagi menandakan temasya sukan paralimpik terbesar di rantau Asia itu, sudah tiba ke penghujungnya.

Pengerusi Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC) Datuk Zainal Abu Zarin menyempurnakan majlis penutupan yang disertai 199 kontinjen Malaysia.

Majlis penutupan berlangsung dalam suasana meriah dan penuh warna-warni, diselangi persembahan kebudayaan, nyanyian moden serta tradisional Korea.

Kontinjen negara dengan berpakaian 'Wira Malaysia' turut turun padang dengan diketuai pembawa Jalur Gemilang, Mohammad Ziyad Zolkefli.

Temasya kali ini menyaksikan Malaysia mencapai sasaran memperbaiki pungutan pingat pada temasya sama di Guangzhou dengan meraih 15 pingat emas, 20 perak dan 27 gangsa.

Malaysia berada pada kedudukan ketujuh carta pungutan pingat manakala kedudukan teratas dihuni oleh China, diikuti Korea Selatan dan Jepun.

Pada edisi lepas di Guangzhou, China, empat tahun lepas, kontinjen negara secara keseluruhannya mengumpul sembilan emas, 13 perak dan 23
Tags / Kata Kunci: sukan Para Asia , Incheon

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan