Sukan Para Asia: Azlan Tidak Hilang Fokus Raih Emas Negara

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 8:48 PM

Penaung Majlis Paralimpik Malaysia Tun Jeanne Abdullah (kanan) mengucapkan tahniah kepada Pelari pecut paralimpik negara, Mohammad Azlan Mat Lazin (kiri) selepas berjaya memungut pingat emas kesepuluh untuk negara dalam acara 400m lelaki T36 pada temasya Sukan Para Asia 2014 di Asiad Main Stadium pada Rabu. Turut kelihatan Ketua Kontinjen Paralimpik Malaysia Datuk Ab Jalil Abdullah.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Gangguan selama lima minit berikutan bantahan teknikal daripada skuad olahraga Bahrain sebelum perlumbaan bermula dan kesakitan otot belakangnya tidak menggugat tumpuan Mohammad Azlan Mat Lazin meraih emas acara 400m Lelaki T36 pada Sukan Para Asia,Rabu.    

Mohammad Azlan wajar digelar sebagai 'Hero Malaysia' apabila meraih emas ketiganya hari ini, di Stadium Utama Asiad Incheon.   

Beliau merekodkan catatan masa 59.84 saat untuk menjadi juara acara itumanakala seorang lagi atlet negara, Mohd Raduan Emeari meraih pingat gangsa dengan masa satu minit 02.24s.   

"Masa lari tadi, kecederaan otot di belakang badan saya makin teruk dan kaki sedikit kejang tetapi jurulatih pesan supaya sentiasa bergerak sebelum acara bermula.    Alhamdulillah saya berjaya atasi kesakitan itu dan menang acara ini. Kemenangan ini sangat bermakna buat saya dan keluarga," katanya kepada pemberita selepas tamat perlumbaan.  

Pingat perak acara tersebut dimenangi oleh atlet China, Gong Qiang selepas merekodkan catatan masa 1:00.50s.   

Emas pertama milik Mohd Azlan adalah menerusi acara 100m lelaki T36, yang diraihnya pada Isnin dan emas kedua adalah melalui 200m Lelaki T36 pada Selasa.   

Kontinjen negara dengan 135 atlet bertanding dalam 15 daripada 25 acara yang dipertandingkan, menetapkan sasaran memperbaiki pencapaian sembilan emas yang diraih pada temasya 2010 di Guangzhou, China.

Tags / Kata Kunci: Azlan Mat Lazin , Sukan Para Asia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan