Harapan Pasukan Bola Keranjang Ke Separuh Akhir Musnah - Sukan Ekstra | mStar

Harapan Pasukan Bola Keranjang Ke Separuh Akhir Musnah

Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 10:49 PM

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Harapan pasukan bola keranjang berkerusi roda negara untuk menempah tempat ke separuh akhir Sukan Para Asia tidak kesampaian selepas tumpas 37-42 kepada Thailand pada perlawanan keempat peringkat kumpulan B di Gimnasium Samsan World, di sini, Isnin.

Malaysia menampilkan permainan kemas pada suku pertama apabila mendahului Thailand 12-3 namun pasukan lawan bangkit agresif pada suku kedua untuk mencatat keputusan 21-16.

Selepas permainan bersambung, Malaysia cuba memberi tentangan, namun nasib tidak menyebelahi mereka untuk keputusan berpihak kepada pasukan lawan.

Malaysia yang kini di kedudukan ketiga dalam kumpulan B akan bertemu Taiwan bagi penentuan tempat kelima dan keenam, Khamis ini.

Thailand pula bakal bertemu juara kumpulan A, Korea Selatan pada saingan separuh akhir. 

Ketua jurulatih negara, Lim Ming Lip mengakui faktor pengalaman yang memisahkan skuad negara dengan Thailand dalam perlawanan tersebut.
 
"Namun, prestasi mereka semakin baik berbanding semasa Sukan Para Asean di Myanmar awal tahun ini. Ketika itu kita kalah kepada Thailand dengan lebih 20 mata tetapi kali ini hanya beza lima mata," katanya.

Tags / Kata Kunci: bola keranjang , Sukan Asia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan